Tular video memaparkan seorang lelaki memukul seorang amah dipercayai di Taman Data, Johor Bahru.

JOHOR BAHRU – Tular dalam media sosial video empat individu memukul seorang amah kerana didakwa memukul anak majikannya yang masih kecil.

Video terbabit dipercayai dirakam di kediaman majikan mangsa, dengan seorang lelaki dipercayai majikan dilihat menampar, menumbuk wanita itu sehingga kedengaran tangisan.

Selain majikan, tiga lagi individu lain termasuk dua wanita secara bergilir-gilir memarahi sambil sambil meninggikan suara serta memaki mangsa.

Rata-rata dalam ruangan komen mengkritik perbuatan berkenaan dan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan segera.

Orang ramai turut menyifatkan perbuatan majikan itu sebagai tidak berhati perut.

Netizen juga berpendapat pembantu rumah itu seharusnya diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan lanjut sekiranya benar memukul anak majikan dan bukannya diambil tindakan sesuka-hati sehingga mengundang masalah.

Mengikut suatu maklumat dalam Thread, kejadian didakwa berlaku di Taman Daya di sini, dengan gambar dipercayai amah terbabit turut tular di media sosial termasuk mengalami kesan lebam pada wajah, leher dan telinga.

Sementara itu, Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad ketika dihubungi mengesahkan menerima maklumat berkaitan kejadian tersebut.

“Ia masih dalam proses risikan,” katanya ringkas. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast