Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) mengumumkan penamatan perkhidmatan Ketua Pengarah Pilihan Raya, Datuk Mohd. Radzi Jidin dan digantikan dengan Bendaharinya, Datuk Seri Sanusi Mad Noor.

Pengerusi PN, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, jawatan Sanusi sebagai Bendahari bakal digantikan Subramaniam Surunaryan.

Beliau turut mengumumkan pemberhentian perkhidmatan Timbalan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Azmin Ali.

Katanya, tindakan itu adalah bagi memenuhi kehendak Perlembagaan PN.

”Bagi tujuan menghadapi Pilihan Raya Negeri Johor dan Negeri Sembilan berdasarkan kuasa yang diperuntukkan di bawah Fasal 8.3 (V), (VI) dan (VII) Perlembagaan Perikatan Nasional, maka dengan ini saya mengumumkan penstrukturan semula Pentadbiran Perikatan Nasional, berkuat kuasa serta-merta,” katanya dalam satu kenyataan, malam ini.

Tambah Ahmad Samsuri mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi PN akan diadakan dalam masa terdekat bagi memperkukuh organisasi gabungan parti itu. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast