Pengurus Kilang Kopi Pak Ajes, Muhammad Fitri Aziz melakukan proses pecah kulit kopi ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Kampung Parit Sidek, Semerah, Batu Pahat. Foto AIZAT ZAINAL, 09 JULAI 2026.
Di sebalik aroma kopi yang memenuhi ruang kilangnya di Kampung Parit Sidek, Semerah, Aziz Mohd, 65, atau lebih dikenali sebagai Pak Ajes, terus mengekalkan kaedah pemprosesan kopi tradisional yang diusahakannya sejak lebih 30 tahun lalu. Berbekalkan resipi turun-temurun dan teknik tradisional, beliau menghasilkan kopi dengan rasa dan aroma tersendiri yang menjadi pilihan pelanggan dari dalam dan luar Johor.
Perusahaan Aziz Coffee Trading kini turut dibantu anaknya, Pengurus Kilang Kopi Pak Ajes, Muhammad Fitri Aziz, 27, yang menguruskan operasi harian termasuk proses menyangai, mengisar dan membungkus kopi bagi memastikan setiap produk mengekalkan kualiti serta identiti kopi warisan keluarga.
Bermula sebagai perusahaan kecil di rumah, Aziz Coffee Trading kini muncul sebagai antara pengeluar kopi kampung yang dikenali bukan sahaja di Batu Pahat, malah di seluruh Malaysia. Pak Ajes berharap penglibatan anaknya akan memastikan legasi perusahaan keluarga itu terus dipelihara, sekali gus mengekalkan warisan pembuatan kopi tradisional untuk generasi akan datang.
Sepanjang musim PRN Johor ke-16, Pak Ajes tidak menang tangan memenuhi tempahan yang meningkat, ketika para calon dan petugas sibuk menjelajah kawasan untuk berkempen. Ia turut membawa limpahan rezeki kepada perusahaan kopi tempatan.
Pemilik Kopi Pak Ajes, Aziz Mohd, 64 bersama anaknya, Muhammad Fitri Aziz, 27, bergambar di hadapan kilang kopi ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Kampung Parit Sidek, Semerah, Batu Pahat. Foto AIZAT ZAINAL, 9 JULAI 2026.Pengurus Kilang Kopi Pak Ajes Muhammad Fitri Aziz, 27, melakukan proses penjemuran kopi ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Kampung Parit Sidek, Semerah, Batu Pahat. Foto AIZAT ZAINAL, 09 JULAI 2026.Pengurus Kilang Kopi Pak Ajes Muhammad Fitri Aziz melakukan proses penjemuran kopi ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Kampung Parit Sidek, Semerah, Batu Pahat. Foto AIZAT ZAINAL, 09 JULAI 2026.Pengurus Kilang Kopi Pak Ajes Muhammad Fitri Aziz, 27, melakukan proses pecah kulit kopi ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Kampung Parit Sidek, Semerah, Batu Pahat. Foto AIZAT ZAINAL, 09 JULAI 2026.Pengurus Kilang Kopi Pak Ajes Muhammad Fitri Aziz, 27, melakukan proses pecah kulit kopi ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Kampung Parit Sidek, Semerah, Batu Pahat. Foto AIZAT ZAINAL, 09 JULAI 2026.Pengurus Kilang Kopi Pak Ajes Muhammad Fitri Aziz, melakukan proses pecah kulit kopi ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Kampung Parit Sidek, Semerah, Batu Pahat. Foto AIZAT ZAINAL, 09 JULAI 2026.Pengurus Kilang Kopi Pak Ajes Muhammad Fitri Aziz, membawa kulit kopi untuk memulakan proses pecah kulit kopi ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Kampung Parit Sidek, Semerah, Batu Pahat. Foto AIZAT ZAINAL, 09 JULAI 2026.Pemilik Kopi Pak Ajes, Aziz Mohd, 64, bersama pekerja melakukan proses pengorengan biji kopi ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Kampung Parit Sidek, Semerah, Batu Pahat. Foto AIZAT ZAINAL, 09 JULAI 2026.Pekerja melakukan proses penggorengan biji kopi ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Parit Sidek, Semerah, Batu Pahat. Foto AIZAT ZAINAL, 09 JULAI 2026.Pemilik Kopi Pak Ajes, Aziz Mohd,64, menunjukkan proses pengasingan kulit kopi ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Parit Sidek, Semerah, Batu Pahat. Foto AIZAT ZAINAL, 09 JULAI 2026.Pengurus Kilang Kopi Pak Ajes Muhammad Fitri Aziz, 27, menunjukkan serbuk kopi setelah dikisar ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Parit Sidek, Semerah, Batu Pahat. Foto AIZAT ZAINAL, 9 JULAI 2026.Pekerja melakukan proses penyimpanan produk kopi Pak Ajes sebelum dijual kepada pelanggan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Parit Sidek, Semerah, Batu Pahat. Foto AIZAT ZAINAL, 9 JULAI 2026.Pekerja melakukan proses pembungkusan kopi Pak Ajes ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Parit Sidek, Semerah, Batu Pahat. Foto AIZAT ZAINAL, 9 JULAI 2026.Pengurus Kilang Kopi Pak Ajes Muhammad Fitri Aziz, 27, menunjukkan produk kopi Pak Ajes yang sedia di pasarkan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Parit Sidek, Semerah, Batu Pahat. Foto AIZAT ZAINAL, 9 JULAI 2026.Pekerja, menyediakan secawan kopi ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Parit Sidek, Semerah, Batu Pahat. Foto AIZAT ZAINAL, 9 JULAI 2026.