KUALA LUMPUR – Kakak kepada Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu meninggal dunia hari ini.
Beliau yang ketika ini sedang berada di Rome atas urusan rasmi memaklumkan, kakaknya, Zainab Sabu menghembuskan nafas terakhir pada usia 76 tahun.
Katanya, kakak beliau, Zainab Sabu menghembuskan nafas terakhir pada usia 76 tahun.
“Hati ini begitu berat kerana tidak dapat bersama keluarga pada saat-saat akhir pemergian arwah kakak tercinta.
“Saya mohon doa sahabat-sahabat semua agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa, diterima segala amal ibadah, dan ditempatkan di kalangan para solihin dan solihat.
“Terima kasih atas doa dan ingatan dari semua,” katanya menerusi hantaran di Facebook, malam ini.
Tambah Mohamad, allahyarhamah adalah seorang yang penyayang, tabah dan banyak berkorban dalam kehidupan mereka sekeluarga.
Beliau menyifatkan pemergian Zainab adalah satu kehilangan besar yang amat dirasai. -MalaysiaGazette
















