Dua individu dibawa ke Mahkamah Majistret Alor Setar, pagi tadi untuk mendapatkan perintah reman.

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah telah menahan reman dua individu termasuk seorang penjawat awam negeri ini kerana disyaki menyalahgunakan kedudukan dengan mencadangkan dan bersubahat dengan sebuah syarikat penyelenggaraan dan pembersihan bagi menjalankan kerja-kerja berkaitan bernilai kira-kira M300,000.

Majistret Siti Nor Hasliza Md Ali membenarkan kedua-dua suspek direman selama lima  hari sehingga 6 Julai 2025 selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Alor Setar, pagi tadi.

Menurut sumber, kedua-dua suspek lelaki berusia 30-an itu telah ditahan kira-kira antara jam 11 pagi hingga 2 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Kedah.

“Kedua-dua suspek disyaki telah melakukan perbuatan tersebut antara tahun 2020 dan 2021.

“Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek bersubahat, yang mana suspek utama seorang penjawat awam telah meyalahgunakan kedududukannya bagi membolehkan kedua-duanya mendapat keuntungan daripada syarikat yang dilantik,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah, Datuk Nazli Rasyid Sulong ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast