Motosikal warga emas yang maut dalam kemalangan ketika pulang dari tempat kerja ke rumahnya di Jalan Besi 1, Lukut Cina, Kota Tinggi hari ini.

KOTA TINGGI – Seorang warga emas maut ketika pulang dari tempat kerja ke rumahnya dalam kejadian di Jalan Besi 1, Lukut Cina di sini hari ini.

Mangsa, Roslan Dahalan, 61, dalam perjalanan selepas habis bekerja di kilang sawit dan pulang ke Lukut Cina dengan menunggang motosikal Honda Wave.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Othman Yusof berkata, kejadian tersebut berlaku pukul 10.35 pagi semasa mangsa menunggang motosikal seorang diri.

“Motosikal mangsa kemudian terbabas dan kemalangan tersebut mengakibatkan penunggang terbabit mengalami kecederaan parah di bahagian dalaman badan dan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Kes masih dalam siasatan di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast