Tangkap layar video yang tular memaparkan seorang lelaki memarahi isterinya di sebuah restoran makanan segera di Kulai

KULAI – Tular rakaman video memaparkan sepasang suami isteri bergaduh di sebuah restoran makanan segera berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Senai di sini.

Menerusi hantaran dalam platform Threads oleh pengguna @sososobrino_, wanita terbabit didakwa sedang bekerja sebelum suaminya hadir ke premis berkenaan dan menjerit sambil menyuruhnya pulang untuk menjaga anak.

Dalam perkongsian sama, individu itu turut meluahkan pandangan bahawa tidak semua lelaki layak bergelar suami dan bapa, selain mempersoalkan tindakan lelaki berkenaan yang didakwa berkelakuan agresif di tempat awam.

“Tak semua lelaki layak jadi ayahdan suami. Contoh macam jantan ni.

“Kau bayangkan waktu wife bekerja, buat perangai jerit jerit depan kedai suruh balik jaga anak.

“I witness everything sebab kebetulan kereta park betul-betul sebelah dia. Even lelaki tu siap nak angkat tangan, nak pukul anak bini lagi,” tulisnya.

Sementara itu, di ruangan komen, beberapa pengguna media sosial turut meluahkan kebimbangan terhadap keselamatan wanita dan kanak-kanak yang dipercayai terlibat, selain menyeru agar ahli keluarga tampil membantu.

“Kalau ada ahli keluarga atau saudara-mara wanita ini yang nampak video ini, tolong selamatkan dia dan anaknya. Jauhkan mereka daripada individu yang cepat baran,” tulis seorang netizen.

Rakaman berkenaan kini terus mencetuskan pelbagai reaksi warganet yang rata-ratanya berharap kebajikan serta keselamatan mangsa diberikan perhatian segera.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee ketika dihubungi memaklumkan, setakat ni pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung kejadian tular itu.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast