Tangkap layar video pengumuman pernikahan Syed Saddiq dan Bellah Astillah.

KUALA LUMPUR – Tarikh 10 Oktober ini menjadi pilihan kepada pasangan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Bella Astillah untuk melangsungkan perkahwinan.

Perkara itu diumumkan Ahli Parlimen Muar berkenaan menerusi klip video pasangan berkenaan yang dimuat naik menerusi laman Facebooknya malam ini.

“10.10 Moga ALLAH memberkati ikatan perkahwinan kami. We’re getting Married! #BellaSyedYES,” demikian kenyataan seperti di dalam hantaran tersebut.

Terdahulu, memetik laporan Astro Awani, Syed Saddiq dan Bella Astillah yang merupakan penyanyi serta pelakon mengumumkan tarikh perkahwinan mereka secara langsung dalam program MeleTOP di Astro Ria malam ini.

“Saya terhutang budi kepada mereka yang tak putus-putus berdoa. Nikah 10 Oktober, sanding juga pada bulan sama. Akan juga diadakan di Kuala Lumpur, Muar, dan Sabah,” kata Syed Saddiq pada program tersebut seperti dilaporkan portal Astro Awani.

Syed Saddiq berkata, majlis pernikahan dijadual berlangsung di bangunan kedua tertinggi di dunia iaitu Menara Merdeka Maybank.

Syed Saddiq, 33, dan Bella, 31, mengikat tali pertunangan pada 28 Mac lalu, sekali gus mengesahkan hubungan mereka yang sebelum ini mendapat perhatian ramai.

Pertunangan itu berlangsung dalam satu majlis tertutup yang dihadiri keluarga serta kenalan rapat kedua-dua pihak.

Hubungan cinta Syed Saddiq dan Bella, atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, mula mendapat perhatian umum selepas mereka menjalin kerjasama dalam beberapa projek termasuk kempen promosi jenama serta inisiatif amal untuk membantu rakyat Muar. – MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here