Friday, May 9, 2025
Home Penulis Artikel Oleh Abdullah Mohd Yusof

Abdullah Mohd Yusof

26 Artikel 0 Komen

ADUN Baharu, Yusri Bakir Jumpa Penduduk Ayer Kuning

Wakil rakyat baharu bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, Dr Mohamad Yusri Bakir (kiri) sewaktu meninjau perkembangan terkini projek baik pulih rumah penduduk, Mohd Mansor Selamat di Kampung Jawa Batu Masjid, Perak. Foto ABDULLAH YUSOF, 27 APRIL 2025

DUN Ayer Kuning Kekal Milik BN

Pengerusi Barisan Nasional Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad meraikan kemenangan bersama calon Barisan Nasional (BN), Dr Mohamad Yusri Bakir (tengah) atau Ustaz Yusri selepas keputusan rasmi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning BN memenanginya di Command Center BN di Kampung Haji Tahir, Tapah. Foto ABDULLAH YUSOF, 26 APRIL 2025.

#PRKAyerKuning Memilih, Tiga Calon dan Penduduk Tunai Tanggungjawab

Pengundi menunaikan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning di Sekolah Kebangsaan Sungai Lesong, Tapah. Foto ABDULLAH YUSOF, 26 APRIL 2025.

Flashmob Jentera PSM #PRKAyerKuning

Jentera Parti Sosialis Malaysia (PSM) memegang sepanduk dan bendera ketika membuat 'flashmob' pada hari terakhir berkempen sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Ayer Kuning di Tapah. Foto ABDULLAH YUSOF, 25 APRIL 2025.

Zahid, Calon BN Solat Jumaat Dengan Pengundi Ayer Kuning

Timbalan Perdana Menteri dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan calon Barisan Nasional (BN), Dr Mohamad Yusri Bakir atau Ustaz Yusri menyantuni jemaah selepas menunaikan solat jumaat di Masjid Jamek As Solihin Temoh Stesen, Tapah. Foto ABDULLAH YUSOF, 25 APRIL 2025.

Syahredzan, Young Syefura Kempen Undi Untuk BN #PRKAyerKuning

Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Syahredzan Johan dan Penolong Setiausaha Publisiti DAP, Young Syefura Othman serta Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali beramah mesra dengan penduduk ketika bantu kempen calon Barisan Nasional (BN) di Kampung Pasir, Tapah. Foto ABDULLAH YUSOF, 18 APRIL 2025.

Ahmad Maslan Bantu Kempen Calon BN #PRKAyerKuning

Ahli Majlis Kerja Tertingi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan sempat menunjukkan bakat memasak nasi goreng ketika membantu berkempen sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Ayer Kuning di Tapah. Foto ABDULLAH YUSOF, 17 APRIL 2025.

Persaingan Tiga Penjuru, PRK Ayer Kuning Buka Gelanggang

Calon Barisan Nasional (BN), Dr Mohamad Yusri Bakir (kiri) bergambar bersama calon Perikatan Nasional (PN), Abd Muhaimin Malek (kanan) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) K.S Bawani di Pusat Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning di Dewan Merdeka Tapah. Foto ABDULLAH YUSOF, 12 APRIL 2025.

Sultan Perak Solat Sunat Aidilfitri di Masjid Ubudiah

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan bersalaman dengan jemaah masjid ketika berangkat menunaikan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri di Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar. Foto ABDULLAH YUSOF, 31 MAC 2025.

Suasana Meriah Pesta Panjut X Piknik Moreh

Penduduk dengan semangat perpaduan antara kaum menghiasi sekitar taman perumahan mereka dengan menyalakan pelita panjut pada program Pesta Panjut X Piknik Moreh di Medan Klebang Pertama, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 22 MAC 2025.