Saturday, May 10, 2025
Home Penulis Artikel Oleh Abdullah Mohd Yusof

Abdullah Mohd Yusof

26 Artikel 0 Komen

Buah Kanto Kegemaran Ramai Ketika Ramadan

Peniaga, Muhd Syazwan Shahidan 30, membawa buah kanto atau buah kabung menggunakan motosikal di Kampung Tua, Tanjung Belanja, Parit. Foto ABDULLAH YUSOF, 21 MAC 2025.

Sultan Nazrin Berkenan Rasmi Masjid Tuminah Hamidi

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan hadir merasmikan Masjid Tuminah Hamidi dan berangkat ke majlis berbuka puasa sambil diiringi Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad ketika di Bagan Datuk, Perak. Foto ABDULLAH YUSOF, 10 MAC 2025.

Sultan Perak dan Permaisuri Berkenan Melawat Bazar Ramadan Arena Kuala Kangsar

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim beramah mesra bersama peniaga selepas berkenan melawat Bazar Ramadan Arena Kuala Kangsar. Foto ABDULLAH YUSOF, 08 MAC 2025.

Pakar Baiki Kamera Analog Filem Hampir 7 Dekad

Pemilik Kong Ngai Photo Service, Chee Kin Cheong, 84, masih menawarkan perkhidmatan membaiki kamera analog menggunakan filem sejak hampir tujuh dekad di Jalan Raja Musa Aziz, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 19 FEBRUARI 2025.

Anwar Lancar Buku Lim Kit Siang

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama veteran ahli politik DAP, Tan Sri Lim Kit Siang melancarkan buku 'Malaysian First Jilid 1 dan 2' oleh Tan Sri Lim Kit Siang di Restoran Tandoor Grill, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 20 DISEMBER 2024.

Kilang Proses Sawit Berteknologi Kecerdasan Buatan (AI)

Kilang Minyak Sawit Berasaskan Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) Pertama di dunia di Minsawi Industries, Kuala Kangsar. Foto ABDULLAH YUSOF, 19 NOVEMBER 2024.

Latihan Amal Bencana Kecemasan Luar Bandar (REDEX) Kinta Utara

Pasukan Khas Unit Udara Bomba (PASKUB) menyelamatkan penduduk perkampungan berhampiran Tanjung Rambutan yang terperangkap dalam kejadian banjir ketika Latihan Amal Bencana Kecemasan Luar Bandar (REDEX) Kinta Utara 2024 di Tanjung Rambutan, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 30 OKTOBER 2024.

Polis Bawa Anak Sulung Abuya di Perkampungan GISBH

Anak sulung kepada bekas pemimpin Al-Arqam Ashaari Muhammad, Ummu Atiyah tiba untuk menunjukkan lokasi dia didakwa dikurung kira-kira sebulan di perkampungan Global Ikhwan Services and Businesses Holdings (GISBH) bagi membantu siasatan polis di Kampung Batu Hampar Dalam, Batu Hampar, Beruas. Foto ABDULLAH YUSOF, 20 OKTOBER 2024.

Semangat EURO2024 #SukanBendang

Penduduk menunjukkan bakat semasa mengambil bahagian dalam acara bola sepak bendang pada Karnival Sukan Bendang 2024 Daerah Perak Tengah di Bendang Pam Senin, Layang-Layang Kanan, Parit. Foto ABDULLAH YUSOF, 22 JUN 2024.

Suasana Meriah, Gelagat Peserta Karnival Sukan Bendang 2024

Para penduduk terdiri daripada pelbagai lapisan usia ceria menyertai acara menangkap itik pada Karnival Sukan Bendang 2024 Daerah Perak Tengah di Bendang Pam Senin, Layang-Layang Kanan, Parit. Foto ABDULLAH YUSOF, 22 JUN 2024.