Sunday, March 9, 2025
Home Penulis Artikel Oleh Affan Fauzi

Affan Fauzi

1667 Artikel 0 Komen

Ahli-Ahli Parlimen Hadir Persidangan Dewan Rakyat

Timbalan Menteri Kewangan I yang juga Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan hadir pada Persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 24 MEI 2023.

Agong, Raja Permaisuri Hadir Persidangan Persatuan Wanita Desa Sedunia Ke-30

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan beramah mesra dengan delegasi yang hadir pada Persidangan Persatuan Wanita Desa Sedunia (ACWW) ke-30 diiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Hotel Marriot Putrajaya. Foto AFFAN FAUZI, 19 MEI 2023.

Bomba Padam Kebakaran di Pusat Membeli Belah Mid Valley

Anggota bomba dan penyelamat memadam kebakaran melibatkan bilik pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB) di pusat membeli-belah Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 17 MEI 2023.

Pelepasan Trip Pemulihan Operasi Umrah Emraz

Jemaah umrah memeluk ahli keluarga sebelum daftar masuk bagi menaiki pesawat untuk berangkat ke tanah suci menerusi Trip Pemulihan Operasi Umrah dibawah kendalian Emraz Travel & Tours Sdn Bhd (Emraz) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang. Foto AFFAN FAUZI, 15 MEI 2023.

Rosmah Hadir Perbicaraan Kes Pengubahan Wang Haram, Elak Cukai

Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hadir ke mahkamah bagi perbicaraan berhubung pertuduhan pengubahan wang haram dan pengelakan cukai di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 12 MEI 2023.

Suspek Kes Letupan Bom Buatan Sendiri Dihadap Ke Mahkamah

Anggota polis membawa empat lelaki ke mahkamah bagi tuduhan kes kejadian letupan bom buatan sendiri di sebuah kondominium Jalan Klang Lama di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 12 MEI 2023.

Zahid, Tok Mad Hadir Sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-77

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bersalaman dengan tetamu yang hadir sempena Sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-77 di Surau Ar-Rahman Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto AFFAN FAUZI, 11 MEI 2023.

Lawatan Kerja Khaled Nordin di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin melawat pameran semasa mengadakan lawatan kerja di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Sungai Besi, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 11 MEI 2023.

Lim Guan Eng Di Mahkamah KL

Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hadir ke mahkamah bagi sebutan kes berhubung laporan forensik perbualan di aplikasi WhatsApp antara dua ahli perniagaan dalam perbicaraan kes rasuahnya di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 10 MEI 2023.

Pengarah Syarikat Bergelar Datuk Seri Hadapi Empat Pertuduhan Rasuah

Pengarah syarikat, Datuk Seri Sim Choo Thiam hadir ke mahkamah bagi pendakwaan empat pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM15 juta bagi mendapatkan projek milik agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 10 MEI 2023.