Friday, March 7, 2025
Home Penulis Artikel Oleh Affan Fauzi

Affan Fauzi

1667 Artikel 0 Komen

Menteri Agama Membimbing Saudara Baru Lafaz Syahadah

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar menyempurnakan pengislaman saudara baru dengan melafazkan dua kalimah syahadah di Masjid Negara, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 09 MEI 2023.

Anwar Bersama Isteri Hadir Tayangan Perdana Anwar The Untold Story

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail ketika hadir bagi menyaksikan Tayangan Perdana Filem Anwar The Untold Story di Pavilion Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 08 MEI 2023.

Wan Rosdy Raikan Aidilfitri bersama Mahasiswa Anak Pahang

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail bergambar kenangan bersama mahasiswa dan mahasiswi selepas Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama Majlis Mahasiswa Anak Pahang (MAMPAN) di Dewan Tun Razak 3, Pusat Dagangan Dunia (WTCKL), Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 06 MEI 2023.

Noh Omar, Azmin Hadir Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Gombak Setia

Bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar diiringi ADUN Gombak Setia, Hilman Idham (kiri) bersalaman dengan Pengerusi Perikatan Nasional Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada Majlis Silaturrahmi Aidilfitri DUN Gombak Setia di Padang Awam Taman Selaseh Fasa 2, Gombak, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 06 MEI 2023.

PM Hadir Sambutan Ulang Tahun PBSM ke-75

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan pemeriksaan kawalan kehormatan Kadet Bulan Sabit Merah Malaysia pada Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-75 dan Perasmian Ibu Pejabat Bulan Sabit Merah Malaysia di Ibu Pejabat Bulan Sabit Merah Malaysia, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 05 MEI 2023.

Siti Bainun Tangan Digari Selepas Keputusan Kes Bella

Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd. Razali tangan bergari diiringi anggota polis berjalan keluar selepas keputusan mahkamah menjatuhkan hukuman 12 tahun penjara kerana didapati bersalah atas pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom Down berusia 13 tahun yang dikenali sebagai Bella di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 03 MEI 2023.

Tok Mat Rai Majlis Aidilfitri Dengan Warga Kementerian Pertahanan

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan beramah mesra bersama anggota tentera pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kementerian Pertahanan 2023 di Kem Kementah, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 02 MEI 2023.

Aliran Trafik Sesak Menghala Ke Ibu Kota

Aliran trafik dari arah Lebuhraya Pantai Timur menuju ke Plaza Tol Gombak mulai sesak berikutan orang ramai mula pulang ke destinasi masing-masing selepas cuti umum sempena Hari Raya Aidilfitri ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Lebuhraya Karak, Pahang. Foto AFFAN FAUZI, 24 APRIL 2023.

Cuti Raya Aidilfitri – Zoo Negara Jadi Tumpuan

Pengunjung tidak melepaskan peluang membawa ahli keluarga masing-masing bersiar-siar ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette sempena cuti perayaan Aidilfitri di Zoo Negara, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 24 APRIL 2023.

Ziarah Tanah Perkuburan Islam #1Syawal

Orang ramai menziarahi pusara ahli keluarga mereka pada hari pertama perayaan Aidilfitri ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 22 APRIL 2023.