Affan Fauzi
Pelajar Antarabangsa UIAM Raikan Aidilfitri
Pelajar antarabangsa UIAM berpelukan bersama rakan-rakan mereka selepas menunaikan solat sunat Aidilfitri ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Masjid Sultan Ahmad Shah, UIAM Kampus Gombak, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 22 APRIL 2023.
Deretan Meriam Gegarkan Kampung Talang #MalamRaya
Golongan muda penduduk kampung melepaskan tembakan meriam talang selepas meletakkan air pada karbaid sempena malam perayaan Aidilfitri ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Talang, Kuala Kangsar, Perak. Foto AFFAN FAUZI, 22 APRIL 2023.
Pelita Panjut Gergasi Semarakkan #Aidilfitri2023
Panjut gergasi bangunan Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang dibina sempena sambutan Aidilfitri ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Ribu, Kuala Kangsar, Perak. Foto AFFAN FAUZI, 21 APRIL 2023.
Orang Ramai Sibuk Ke Pasar Buat Persiapan Akhir Aidilfitri
Orang ramai sibuk membeli barangan keperluan termasuk barangan basah sebagai persiapan akhir bagi menyambut perayaan Aidilfitri pada esok hari ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pasar Jalan Raja Bot, Chow Kit, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 21 APRIL 2023.
Aliran Trafik KL-Karak Sesak, Orang Ramai Pulang Ke Kampung #Aidilfitri
Aliran trafik di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak mulai sesak kerana kebanyakkan warga kota mula pulang ke kampung halaman masing-masing bagi meraikan perayaan Aidilfitri ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Lebuhraya Karak, Pahang. Foto AFFAN FAUZI, 20 APRIL 2023.
Suasana Malam Jalan TAR Persiapan Akhir Menjelang Aidilfitri
Orang ramai mengambil peluang membeli belah bagi persiapan akhir menjelang perayaan Aidilfitiri ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bazar Aidilfitri Lorong Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 19 APRIL 2023.
LENSA MG | Suasana TBS Orang Ramai Pulang Ke Kampung Halaman
Warga kota mula pulang ke kampung halaman bagi menyambut perayaan Aidilfitri bersama keluarga ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Terminal Bas Selatan, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 19 APRIL 2023.
Sidang Media PM Anwar Sempena Aidilfitri
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap pada sidang media mengumumkan satu hari cuti kelepasan am dan tol secara percuma bermula esok bagi memberikan ruang orang ramai membuat persiapan sempena Hari Raya Aidilfitri di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya. Foto AFFAN FAUZI, 18 APRIL 2023.
Gelagat Orang Ramai Shopping Raya Dalam Cuaca Panas
Orang ramai menghalang kepalanya dari matahari terik semasa membeli beli sebagai persiapan sempena perayaan Aidilfitri dalam keadaan cuaca panas susulan musim peralihan monsun ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 16 APRIL 2023.
Anwar Kunjungi Starvendors KLCC Mega Raya Fest 2023
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyempurnakan gimik perasmian pada Perasmian Star Vendors Mega Raya Fest 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 15 APRIL 2023.