Sunday, September 29, 2024
Home Penulis Artikel Oleh Affan Fauzi

Affan Fauzi

1667 Artikel 0 Komen

TPM Hadir Majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri 2019

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail bersalaman dengan sebahagian tetamu yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri 2019 di Muzium Diraja, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 22 JUN 2019

Dr. Mujahid Yusof Hadir Sambutan Aidilfitri MAIWP

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof ditemani isterinya, Datin Seri Zuraida Husin (lima kanan) sambil diiringi Pengerusi Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Syed Hussein Alhabshee bergambar kenangan dengan sebahagian anak-anak yatim dari persatuan Asnaf yang menerima sumbangan duit raya pada Majlis Sambutan Aidilfitri MAIWP bersama 500 anak yatim termasuk Cina dan India di Kompleks Mitec, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 22 JUN 2019

Reaksi Bekas Perdana Meteri, Datuk Seri Najib Razak di Mahkamah

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hadir untuk mendengar sebutan kes atas 25 pertuduhan salah guna kedudukan dan pengubahan wang haram membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 21 JUN 2019

Mesyuarat Exco Pergerakan Pemuda UMNO

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki bercakap pada sidang media selepas Mesyuarat Exco Pergerakan Pemuda UMNO di Bilik Mesyuarat Tingkat 38, Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 20 JUN 2019

Rumah Terbuka Aidilfitri CUEPACS

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Azih Muda bersalaman dengan sebahagian tetamu yang hadir pada sidang media Cuepacs dan esatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Pihak Berkuasa Tempatan Semenanjung Malaysia (Anulae) dan Jamuan Hari Raya Aidilfitri Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Pihak Berkuasa Tempatan Semenanjung Malaysia (ANULAE) di Wisma ANULAE, Kampung Bharu, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 18 JUN 2019

Dr. Wan Azizah Hadir Persidangan Siber Keselamatan 2019

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail meluangkan masa beramah mesra dengan sebahagian peserta yang hadir pada Persidangan Siber Keselamatan 2019 di Hotel Continental, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 18 JUN 2019

SAJAT Minta Buat Video Mohon Maaf

Yusmiliati Mohamed Yusof bercakap pada sidang media mengenai penuntutan pemohonan maaf Pengusaha Kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau lebih dikenali sebagai Sajat keatas dirinya dalam kes penukaran jantina di Pejabat Profima, Taman Permata, Setapak, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 17 JUN 2019

Selangor Tewaskan Kuala Lumpur 2-1

Pemain Kuala Lumpur FA, De Paula (kiri) menanduk bola sambil diasak keras pemain Selangor, Ashmawi Yakin pada perlawanan Liga Super Malaysia 2019 diantara pasukan Selangor menentang pasukan Kuala Lumpur FA di Stadium Shah Alam, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 15 JUN 2019

Guan Eng Saksi Perjanjian Persefahaman

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menyaksikan pertukaran perjanjian memorandum diantara Presiden Eco World Development Group Berhad, Datuk Chang Khim Wah (dua kiri) dengan Naib Presiden Power China Real Estate Group Limited, Geng Xiao Lin (dua kanan) sambil diiringi Pengerusi Eco World Development Group Berhad, Tan Sri Liew Kee Sin (kiri) dan Pengerusi PowerChina Real Estate Group Limited, Xia Jin (kanan) pada Majlis Menandatangani Cadangan Bersama Venture antara Power China Group, Paragon Pinnacle Sdn Bhd dan Eco World Development Group Sdn Bhd di Bukit Bintang City Centre, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 14 JUN 2019

Mohd Hatta Rasmi Pusat Latihan Usahawan dan Restoran Tasnim Gangjingene

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan, Mohd Hatta Md Ramli sambil diiringi Presiden Dewan Perniagaan dan Keusahawanan Selangor, Dr. Yaakob Sapari (kiri), Pengarah Syarikat Tasnim Food Industri Sdn Bhd, Rafizan Abdul Razak (tiga kiri) dan Rakan Kongsi Food Industri Sdn Bhd, Kyun Nam Chel (dua kanan) mencuba salah satu hidangan yang disediakan pada Majlis Perasmian Pusat Latihan Usahawan dan Restoran Tasnim Gangjingene di KL Traders Square, Jalan Gombak, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 14 JUN 2019