Wednesday, March 5, 2025
Home Penulis Artikel Oleh Affan Fauzi

Affan Fauzi

1667 Artikel 0 Komen

Ahli Parlimen, Pencarum Serah Memorandum Kepada YDP Agong #KWSP

Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan (kanan) diiringi Pengerusi Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat, Azmi Mohd Tahar (tengah) bersama pemandu teksi, Noorazlan Ismail yang berjalan kaki dari Skudai, Johor Bahru menunjukkan memorandum tuntutan rakyat berkaitan pengeluaran KWSP bersasar yang akan diserahkan kepada YDP Agong di Pintu 3 Istana Negara, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 03 APRIL 2023.

PM Hadir Perhimpunan Bulanan Bersama Warga JPM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Perhimpunan Bulanan Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi bulan April Tahun 2023 di Puspanitapuri, Putrajaya. Foto AFFAN FAUZI, 03 APRIL 2023.

Ahmad Maslan Rasmi e-Kaunter dan Piagam Pelanggan LPPSA

Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan menurunkan tandatangan pada Majlis Pelancaran E-Kaunter dan Perasmian Piagam Pelanggan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) di Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam, Kompleks Kementerian Kewangan, Putrajaya. Foto AFFAN FAUZI, 31 MAC 2023.

Buah Kurma Pemanis Mulut #Ramadan

Peniaga menunjukkan salah satu jenis buah kurma sebelum menjualnya sebagai persiapan juadah berbuka puasa ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette sempena bulan Ramadan di Ampang, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 29 MAC 2023.

Gabenor Bank Negara, Tan Sri Nor Shamsiah Yunus

Gabenor Bank Negara, Tan Sri Nor Shamsiah Yunus bercakap pada sidang media mengenai Laporan Tahunan 2022, Kajian Ekonomi dan Kewangan 2022, dan Kajian Kestabilan Kewangan untuk Separuh Kedua Tahun 2022 di Sasana Kijang, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 29 MAC 2023.

50 Ambulans Domestik Baharu Untuk ATM

Antara beberapa buah Ambulans Domestik Beserta Peralatan Perubatan Jenis B yang dirasmikan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan di Padang Kawad, Kem Kementah, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 28 MAC 2023.

Hannah Yeoh Rasmi Kejohanan Golf Maybank 2023

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh bersama Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank, Datuk Khairussaleh Ramli (kanan) melihat trofi Maybank Championship selepas merasmikan Kejohanan Golf Maybank 2023 di Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC), Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 28 MAC 2023.

Buka Puasa dan Tarawih di Masjid Jamek KL

Umat Islam menunaikan solat tarawih ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette sempena bulan Ramadan di Masjid Jamek, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 26 MAC 2023.

Bantahan Isu Keselamatan Jalan Raya di Kampung Telok Gong

Penduduk membawa keranda dan menunjukkan plakad bantahan isu keselamatan jalan raya selepas kejadian kemalangan maut melibatkan seorang murid dengan lori kontena, Rabu lalu di Kampung Telok Gong, Pelabuhan Klang, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 24 MAC 2023.

Bubur Lambuk Masjid India #Ramadan

Petugas Masjid India sibuk mengagihkan bubur lambuk kepada umat Islam ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette sempena hari pertama bulan Ramadan di Masjid India, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 23 MAC 2023.