Wednesday, May 14, 2025
Home Penulis Artikel Oleh Affan Fauzi

Affan Fauzi

1667 Artikel 0 Komen

Rina Harun Interaksi Bersama Warga KPLB

Menteri Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Datuk Seri Rina Harun menyampaikan beg sebagai bantuan persekolahan tahun 2019 kepada Muhammad Asyraf Faizul Kamal sambil diiringi Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Yb Sivarasa Rasiah (kiri) dan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr. Ahmad Jailani Muhamed Yunus (kanan) pada Majlis Interaksi Bersama Warga KPLB di Kementerian Luar Bandar, Putrajaya. foto AFFAN FAUZI, 20 DISEMBER 2018

Jenazah #MuhammadAdib Selamat Tiba Menaiki Helikopter MI-17

Pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengunsung dan memberi penghormatan terakhir kepada jenazah Allayarham Muhammad Adib Mohd Kassim sebaik tiba untuk dihantar ke kediaman keluarganya yang terletak Kampung Tebengau, Jalan Kuala Kedah di Sekolah Kebangsaan Tebengau, Kedah. foto AFFAN FAUZI, 18 DISEMBER 2018

Ahli Keluarga dan Rakan Menunggu Jenazah Allahyarham Muhammad Adib di Kampung

Ibu saudara kepada Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, Nurul Huda Ajis ,53 tidak dapat menahan kesedihan ketika ditemubual mengenai pemergian Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim akibat insiden rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya di Kampung Tebengau, Kuala Kedah, Kedah. foto AFFAN FAUZI, 18 DISEMBER 2018

Daily Life – Gelagat Penyokong #HarimauMalaya #finalAFFSuzukiCup2018

Gelagat seorang bapa mendukung anaknya semasa berkumpul dihadapan kompleks Sogo sebelum berarak ke Dataran Merdeka bagi menyaksikan siaran langsung perlawanan akhir kedua Piala AFF Suzuki antara Malaysia menentung Vietnam menerusi skrin gergasi ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 15 DISEMBER 2018

Dekorasi Pokok Krismas Jadi Tarikan Pengunjung

Pengunjung tidak melepaskan peluang bergambar berlatar belakangkan dekorasi pokok krismas sempena sambutan Hari Natal yang bakal tiba tidak lama lagi ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pavillion, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 14 DISEMBER 2018M

Tun Mahathir Lawat Pameran Ulang Tahun Ke-20 Muzium Kesenian Islam

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad melihat jenis buku sejarah Islam sambil diiringi Pengerusi Yayasan Al-Bukhary, Tan Sri Syed Mokhtar Al -Bukhary (kiri) ketika melawat Perpustakaan Scholar pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-20 Muzium Kesenian Islam di Muzium Kesenian Islam, Jalan Lembah Perdana, Tasik Perdana, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 14 DISEMBER 2018

Muhyiddin Umum Perhimpunan Agung PPBM kali kedua

Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin berjalan keluar selepas menghadiri sidang media mengenai perhimpunan agung PPBM kali kedua di Menara Yayasan Selangor, Petaling Jaya, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 11 DISEMBER 2018

Sambutan Hari Hak Asasi Manusia

Pengerusi SUHAKAM, Tan Sri Razali Ismail (tiga kiri) dan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof (tiga kanan) bergambar kenangan bersama sebahagian pelajar Kolej ICAN sambil memegang plakad mengenai kempen asasi manusia pada Majlis Sambutan Hak Asasi Manusia di Padang Timur, Petaling Jaya, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 09 DISEMBER 2018

Air Mata dan Sokongan Penyokong Malaysia untuk Harimau Malaya

Sebahagian penyokong yang hadir bersorak meraikan jaringan Malaysia ketika menyaksikan perlawanan separuh akhir kedua Piala AFF Suzuki diantara Malaysia menentang Thailand ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di The H Hartamas, Desa Sri Hartamas, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 05 DISEMBER 2018

Zuraida Kamaruddin Rasmi Konvensyen

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin sambil diiringi Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan (lima kanan) dan Presiden Anulae Semenanjung Malaysia merangkap Presiden CUEPACS, Datuk Haji Azih Muda (enam kanan) bergambar kenangan bersama peserta-peserta yang hadir pada Konvensyen Pihak Berkuasa Tempatan Semenanjung Malaysia 2018 di Institut Latihan Dewan Bandar Kuala Lumpur, Jalan Yaacob Latif, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 03 NOVEMBER 2018