Tuesday, May 13, 2025
Home Penulis Artikel Oleh Affan Fauzi

Affan Fauzi

1667 Artikel 0 Komen

Sultan Nazrin dan Tuanku Zara Bekenan ke Pameran MAHA2018

Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah (dua kanan) bersama isterinya, Tuanku Zara Salim (tiga kiri) berkenan melihat seekor lembu sambil diiringi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub (kanan) ketika melawat Pameran Ternakam pada Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (MAHA) 2018 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 02 DISEMBER 2018

Anwar Ibrahim Lancar Buku 9 May 2018:Notes From The Frontline

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) merangkap Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad (kanan) menunjukkan Buku 9 May 2018:Notes From The Frontline sambil Pengarah Urusan Gerak Budaya, Chong Ton SIn (dua kiri) ketika menyempurnakan gimik pelancaran pada Majlis Pelancaran Buku 9 May 2018:Notes From The Frontline di The Curve, Mutiara Damansara, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 02 NOVEMBER 2018

Datuk Seri Wan Azizah Hadir Penutupan MAHA 2018

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail melihat buat labu air ketika melawat Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (MAHA) 2018 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 02 DISEMBER 2018

Azmin Ali Hadir Pameran MAHA 2018

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali tidak melepaskam peluang untuk mencuba simulator membawa bot ketika melawat Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (MAHA) 2018 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 01 DISEMBER 2018

Wan Azizah Ziarah Muhammad Adib di IJN

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (tengah) menziarahi anggota JPBM dari Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, Muhammad Adib Mohd Kassim yang dirawat akibat insiden rusuhan di Institut Jantung Negara Kuala Lumpur. foto BERNAMA, 30 NOVEMBER 2018

Sultan Nazrin Shah Ziarah Mangsa Rusuhan ‘Muhammad Adib’ di IJN

Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Shah (tengah) diiringi Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Datuk Mohammad Hamdan Wahid (dua, kanan) berkenan menziarahi anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, Muhammad Adib Mohd Kassim yang dirawat akibat insiden rusuhan, di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur. foto BERNAMA, 30 NOVEMBER 2018

Kempen Simplysiti Di Hati 2018

Presiden Simplysiti yang juga penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza bergambar kenangan bersama kanak-kanak pesakit jantung yang menerima dana sempena kempen Simplysiti Di Hati 2018 pada Majlis Simplysiti Di Hati 2018 di Perdana Hotel dan Suites On The Park, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 28 NOVEMBER 2018

Anthony Loke Tinjau KTM Terminal Skypark Fasa 1

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menaiki Keretapi Tanah Melayu untuk membuat meninjau projek landasan keretapi dari Subang Jaya ke Terminal Skypark Fasa 1 ketika membuat lawatan kerja 1 di KL Sentral, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 27 NOVEMBER 2018

Mahasiswa Serbu Menara PTPTN “Tuntut Janji PTPTN”

Gelagat seorang mahasiswa ketika berkumpul di hadapan Menara PTPTN selepas selesai berarak pada Himpunan Tuntut Janji PTPTN di sekitar kawasan Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 24 NOVEMBER 2018

Syed Saddiq Sertai Warriors Challenge 3.0

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebagai peserta melepasi salah satu halangan ketika menyertai aksi lasak Warriors Challenge Kategori Terbuka Second Wave sejauh 11.2 km pada Pertandingan Warriors Challenge 3.0 di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 24 NOVEMBER 2018