Affan Fauzi
Rumah Najib dan Rosmah Jadi Tumpuan Semula Petugas Media
Sebahagian petugas media tempatan dan antarabangsa berkampung semula dikediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 26 JUN 2018
Nurul Izzah Hadir Mesyuarat Khas TVET
Menteri Sumber Manusia, YB M. Kulasegaran bersama Pengerusi Jawatankuasa Khas TVET, Nurul Izzah Anwar hadir pada sidang media selepas selesai mempegerusikan Mesyuarat Khas TVET di Pejabat YB Menteri Sumber Manusia,Kementerian Sumber Manusia, Kompleks D, Putrajaya. foto AFFAN FAUZI, 25 JUN 2018
Daily Life – KLCC Pamer Ketupat Gergasi
Seorang pengunjung berjalan melintasi replika ketupat dan wau gergasi yang dihiasi dengan lampu sempena sambutan Aidlifitri yang bakal menjelang tidak lama lagi semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di perkarangan kawasan Menara Berkembar Petronas (KLCC), Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 07 JUN 2018
Daily Life – Iftar Ramadan
Dua sukarelawan masjid mengangkat meja bubur lambuk untuk diberikan kepada jemaah yang hadir untuk juadah berbuka puasa sempena bulan Ramadan semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di Masjid As-Syakirin, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 03
PM Selepas Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet
Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad sebaik tiba pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet mengenai Keutuhan Pengurusan Kerajaan sambil diiringi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Dewan Taklimat ICU, Kompleks Perdana Putra, Putrajaya. foto AFFAN FAUZI, 08 JUN 2018
Mesti Mau Cuba Ketupat Palas Ampang
Pengusaha Ketupat Palas Ampang, Nadira Saidi mengisi pulut pada daun palas untuk dijadikan ketupat palas untuk dijual kepada pelangganya yang telah ditempah sebelum menjelangnya sambutan Aidlifitri yang bakal menjelang tidak lama lagi semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pandan Mewah, Ampang, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 03 MEI 2018
Daily Life – Bulan Ramadan
Seorang remaja lelaki berehat sambil bermain telefon bimbit semantara menunggu waktu solat ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette sempena bulan Ramadan di Masjid As-Syakirin, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 07 JUN 2018
Pengenalan Calon-Calon EXCO Pergerakan Pemuda UMNO
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii bergambar bersama Calon-Calon Ketua Pemuda UMNO, Calon-Calon Naib Ketua Pemuda UMNO dan Calon-Calon EXCO Pergerakan Pemuda UMNO bergambar kenangan pada Majlis Pengenalan Calon-Calon EXCO Pergerakan Pemuda UMNO di Kompleks Yayasan Wangsa Perdana, Jalan Taman Ibu Kota, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 06 JUN 2018
Daily Life – Pengguna Gembira Beza Harga 6% dan 0% GST
Heliza Yusri menunjukkan resit yang mempunya gst 6% (kiri) dan tidak mempunya gst 0% (kanan) berikutan bermulanya 1 Jun Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) ditetapkan pada kadar sifar seperti yang diumumkan kerajaan semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di Mydin Mall, Subang Jaya, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 01 JUN 2018
Kakitangan Mydin Berlumba Tukar Tanda Harga 6% ke 0% GST
Seorang pekerja Mydin melakukan pertukaran harga pada setiap barangan keperluan berikutan bermulanya 1 Jun Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) ditetapkan pada kadar sifar seperti yang diumumkan kerajaan semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di Mydin Mall, Subang Jaya, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 01 JUN 2018