Affan Fauzi
Yb Zuraida Berbuka Puasa Bersama Warga KPKT
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamarudin bersalaman dan beramah mesra bersama sebahagian warga KPKT pada Majlis Amanat dan Berbuka Puasa Bersama Warga KPKT di Dewan Kristal, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Putrajaya. foto AFFAN FAUZI, 31 MEI 2018
Mohamad Sabu Sampaikan Sumbangan Hari Raya Aidilfitri ATM
Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu sambil diiringi isterinya, Normah Alwi (tiga kanan), Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor (lima kiri) dan Panglima-Panglima Perkhidmatan ATM menunjukkan sebahagian barangan keperluan yang akan disumbangkan pada Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada Angkatan Tentera Malaysia di Auditorium Wisma Pertahanan, Kementerian Pertahanan, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 31 MEI 2018
Gelagat Si Comel – Bayi PANDA
Reaksi dan gelagat bayi panda iaitu anak kepada pasangan panda gergasi, Xing King dan Liang Liang ketika dipamerkan pada Majlis Penampilan Anak Gergasi Panda di Zoo Negara, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 26 MEI 2018
Majlis Berbuka Puasa PNB bersama Anak-anak Yatim
Pengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tan Sri Abdul Wahid Omar (tengah) sambil diiringi Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Datuk Abdul Rahman Ahmad beramah mesra bersama sebahagian anak-anak yatim yang hadir pada Majlis Berbuka Puasa PNB bersama anak-anak yatim di Menara PNB, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 25 MEI 2018
Hari Pertama Mat Sabu Menteri Pertahanan
Menteri Pertahanan, Yang Berhormat Mohamad Sabu memeriksa barisan Kawalan Kehormatan Utama 1RAMD ketika hadir memulakan tugas pada hari pertama sebagai Menteri Pertahanan yang baharu di Dataran Wisma Pertahanan, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 22 MEI 2018
Rumah Najib – Pelajar Tahfiz Buat Solat Hajat dan Bacaan Surah...
Sebuah van yang membawa 12 pelajar Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah masuk ke kediaman Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membaca surah Yassin dan menunaikan solat hajat di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 21 MEI 2018
Ali Rustam dan Peregrakan Puteri UMNO Jumpa Najib
Ketua UMNO Bahagian Bukit Katil, Tan Sri Mohd Ali Mohd Rustam bersama Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berjalan keluar selepas melawat Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 19 MEI 2018
Rumah Najib – Polis Rampas Wang Tunai, Barang Kemas dan Beg...
Sebahagian pasukan anggota polis yang bertugas membawa barang-barang bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor yang dirampas untuk membantu siasatan berkenaan kes 1MDB ke dalam trak polis di Pavillion Residence, Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 18 MEI 2018
Anwar Ibrahim Buka Puasa Bersama Penyokong di Rumah Sendiri
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra bersama sebahagian tetamu yang hadir pada Majlis Berbuka Puasa di kediamannya yang terletak di Bukit Segambut Dalam, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 17 MEI 2018
Jarak Liputan Media Semakin Jauh – Rumah Najib
Kelihatan sebahagian anggota polis mengawal laluan jalan masuk ke kediaman Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang terletak di Jalan Langgak Duta, Taman Duta, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 13 MEI 2018