Friday, March 7, 2025
Home Penulis Artikel Oleh Affan Fauzi

Affan Fauzi

1667 Artikel 0 Komen

Anwar Ibrahim Bersama Warga Serdang

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari menikmati makan tengah hari sebelum menunaikan solat Jumaat di Medan Selera Taman Tasik Sri Serdang, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 03 MAC 2023.

Perhimpunan Bulanan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid bersama timbalannya, Datuk Rubiah Wang (dua kiri) bergambar bersama sebahagian warga kerja RISDA pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah di Ibu Pejabat RISDA, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 02 MAC 2023.

Mesyuarat Pertama Majlis Ulama UMNO

Pengerusi Majlis Ulama UMNO (MUU), Datuk Dusuki Ahmad selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Ulama UMNO di Menara Dato' Onn, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 27 FEBRUARI 2023.

Aksi Selangor FC Tewaskan Kelantan United 1-0 #LigaSuper

Pemain Selangor FC, Ayron Del Valle mengawal bola sambil cuba dihalang pemain Kelantan United FC pada perlawanan Liga Super Malaysia 2023 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 26 FEBRUARI 2023.

Orang Ramai Serbu Pesta Buku di Pasar Seni

Orang ramai meluangkan masa cuti hujung minggu berkunjung ke Pesta Buku Alternatif Kuala Lumpur bagi mencari pelbagai jenis buku ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pasar Seni, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 26 FEBRUARI 2023.

Rafizi Bersama MB Selangor, N. Sembilan Lancar Inisiatif Pendapatan Rakyat

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Rafizi Ramli diiringi Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari (kiri) dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun (kanan) menyampaikan sijil Inisiatif Operator Perkhidmatan (IKHSAN) kepada penerima, Helmi Firdaus Abdul Khalid pada Majlis Pelancaran Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) di LRT Cempaka, Ampang, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 26 FEBRUARI 2023.

LENSA MG | Anwar Bentang Belanjawan 2023 Malaysia MADANI

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim memegang beg yang berisi teks Pembentangan Belanjawan 2023 Malaysia MADANI di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 24 FEBRUARI 2023.

KPN Saksi Serah Terima Tugas Ketua Polis Selangor

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani menyaksikan penyerahan tongkat kuasa jawatan Ketua Polis Selangor oleh Pemangkunya, Datuk Sasikala Devi Subramaniam (kiri) kepada Ketua Polis Polis Selangor baharu, Datuk Hussein Omar Khan pada Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Selangor dan Pengerusi Perkep Kontinjen Selangor di Maktab PDRM, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 24 FEBRUARI 2023.

Hadi Awang Hadir Malam Apresiasi Pra Satu Dekad Khidmat Malaysia

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang melakukan gimik pelancaran Majlis Malam Apresiasi dan Makan Malam Pra Satu Dekad Khidmat Malaysia di Hotel Grand Barakah, Ampang, Selangor.

PM Hadir Penutupan Persidangan Antarabangsa AbdulHamid AbuSulayman

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan buku kepada Pengerusi Persidangan yang juga Presiden International Institute of Islamic Thought (IIIT), Dr. Hisham Altalib (kanan) pada Persidangan Antarabangsa AbdulHamid AbuSulayman di Universiti Antarabangsa Islam Malaysia (UIAM), Gombak.