Affan Fauzi
Agong Al-Sultan Abdullah Berkenan Lancar Karnival MAIWP
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan melawat tapak pameran selepas Majlis Pelancaran Karnival Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 28 JANUARI 2023.
PPZ-MAIWP Umum Prestasi Kutipan dan Agihan Zakat 2022
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd NaÕim Mokhtar bersama Pengerusi Pusat Pungutan Zakat Ð Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), Tan Sri Dr. Abdul Aziz Abdul Rahman (empat kanan) dan Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar (dua kiri) serta yang lain bergambar bersama replika cek mengenai Prestasi Kutipan dan Agihan Zakat Wilayah Persekutuan 2022 di Hotel Everly Putrajaya. Foto AFFAN FAUZI, 26 JANUARI 2023.
Siti Bainun Hadir Prosiding Bela Diri di Mahkamah KL
Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd. Razali hadir ke mahkamah bagi pendengaran bantahan kes membela diri atas pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom Down berusia 13 tahun yang dikenali sebagai Bella di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 26 JANUARI 2023.
Kempen Advokasi Keselamatan Jalan Raya Sempena Tahun Baharu Cina
Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ, Aedy Fadly Ramli melihat pemeriksaan tayar bas ekspres yang dilakukan kakitangan Pusat Pemeriksaan kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) ketika Ops Bersepadu dan Kempen Advokasi Keselamatan Jalan Raya sempena Perayaan Tahun Baharu Cina 2023 di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 20 JANUARI 2023.
Anwar Ibrahim Lancar Wacana Membangun Malaysia Madani
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diiringi Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof menyempurnakan gimik pelancaran buku 'Membangun Negara Madani' selepas menyampaikan Amanat Membangun Malaysia Madani : Visi dan Kerangka Dasar Reformasi pada Majlis Pelancaran Wacana Membangun Malaysia Madani di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Foto AFFAN FAUZI, 19 JANUARI 2023.
Fahmi Fadzil Tonton Filem Duan Nago Bogho
Menteri Komunikasi Digital, Ahmad Fahmi Fadzil bergambar selepas menurunkan tandatangan pada poster semasa hadir bagi menyaksikan tayangan eksklusif Filem Duan Nago Bogho di Starling Mall Damansara, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 18 JANUARI 2023.
Sharnaaz Ahmad Mengaku Tidak Bersalah di Mahkamah
Pelakon, Sharnaaz Ahmad berjalan keluar selepas mengaku tidak bersalah atas dakwaan menumbuk dan menendang penghuni sebuah kondominium di Mahkamah Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 18 JANUARI 2023.
Reaksi Puteri Sarah di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur
Pelakon, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin hadir ke mahkamah bagi memfailkan perceraian dengan suaminya, Syamsul Yusof di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 16 JANUARI 2023.
KPKT Meraikan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming diiringi Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid (dua kiri) bergambar dengan anggota dan Unit Anjing Penyesan K9 JBPM selepas Majlis Amanat Tahun Baharu KPKT 2023 di Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan, Putrajaya. Foto AFFAN FAUZI, 09 JANUARI 2023.
Operasi Imigresen Gempur Penempatan PATI #OpSapu
Sebahagian pendatang asing tanpa izin (PATI) yang berjaya ditahan anggota Jabatan Imigresen dalam operasi penguatkuasaan Ops Sapu menggempur penempatan PATI dan membongkar kegiatan keluarkan kad pelarian tidak sah di sebuah flat di Jalan Abraham, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 07 JANUARI 2023.