Affan Fauzi
Saifuddin Nasution Lawat Tapak Pembinaan Kapal OPV1
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mendengar penerangan daripada anggota Angensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia semasa membuat lawatan kerja rasmi ke tapak pembinaan kapal Offshore Patrol Vessel 1 (OPV1) milik APMM di Limbungan TH Heavy Engineering, Pulau Indah, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 06 JANUARI 2023.
Kuala Lumpur 2023 #DailyLife
Orang awam memberikan makanan kepada burung-burung merpati ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Masjid India, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 05 JANUARI 2023.
Amanat Tahun Baharu Menteri Pertahanan, Mohamad Hasan #2023
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan melambai kepada tetamu yang menghadiri secara dalam talian Majlis Amanat Tahun Baharu Menteri Pertahanan 2023 di Kementerian Pertahanan (MINDEF), Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 05 JANUARI 2023.
Saifuddin Nasution Lawatan Rasmi Ke Jabatan Penjara Malaysia
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memberi tabik hormat kepada kawalan kehormat Jabatan Penjara Malaysia sempena lawatan rasmi di Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Kajang, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 03 JANUARI 2023.
Polis KL Berjaya Rampas Dadah Bernilai RM11.5 Juta
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Yahaya Othman menunjukkan rampasan dadah membongkar sindiket pengedaran dadah jenis syabu bernilai RM 11.5 juta selepas sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 28 DISEMBER 2022.
Operasi Tamat! Terima Kasih Anggota Penyelamat #TanahRuntuh
Anggota penyelamat merasakan lega ketika meraikan kejayaan menjumpai mayat terakhir mangsa yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di FatherÕs Organic Farm, Batang Kali, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 24 DISEMBER 2022.
Anwar Singgah Makan di Gerai Sup Meletup
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba untuk menikmati makan tengah hari bersama pengunjung sebelum menunaikan solat jumaat di Medan Selera Bandar Sri Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 23 DISEMBER 2022.
PM Hadir Konvensyen Hari Penjaja dan Peniaga Kecil 2022
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick (tujuh kiri) bergambar kenangan bersama penerima anugerah kecemerlangan peserta Program Pemantapan Penjaja dan Peniaga Kecil Tahun 2022 pada Majlis Perasmian Konvensyen Hari Penjaja dan Peniaga Kecil Peringkat Kebangsaan Tahun 2022 (HPPK2022) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Foto AFFFAN FAUZI, 22 DISEMBER 2022.
Najib Razak di Mahkamah KL
Saksi yang merupakan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diiring pegawai penjara hadir ke mahkamah bagi perbicaraan kes pengubahan wang haram dihadapi bekas Pengerusi FELDA, Tan Sri Shahrir Abdul Samad yang gagal mengisytiharkan aset RM1 juta di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 22 DISEMBER 2022.
Yang di-Pertua Dewan Rakyat Baharu, Datuk Johari Abdul
Yang di-Pertua Dewan Rakyat baharu, Datuk Johari Abdul pada Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-15 di Dewan Rakyat, Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 19 DISEMBER 2022.