Affan Fauzi
Ahli-Ahli Parlimen di Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-15
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) bersama isterinya yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail hadir Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Majlis Parlimen ke-15 di Dewan Rakyat, Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 19 DISEMBER 2022.
Nyalaan Lilin, Jambangan Bunga Untuk SJKC Mun Choong
Orang ramai menyalakan lilin dan meletakkan jambangan bunga sebagai tanda bersimpati kepada 20 guru SJKC Mun Choong dan keluarga yang menjadi mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di pekarangan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Mun Choong, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 18 DISEMBER 2022.
LENSA MG | Suasana Operasi SAR di Zon Merah #TanahRuntuh
Anggota bomba menggunakan pelbagai jenis kren bagi menyambung misi mencari dan menyelamat baki mangsa yang tertimbus di lokasi kejadian tanah runtuh di Father's Organic Farm Batang Kali, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 18 DISEMBER 2022.
V. Sivakumar Rasmi Konvensyen Kongres Tritahunan CUEPACS ke-29
Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar beramah mesra dengan warga CEUPACS selepas merasmikan Konvensyen Kongres Tritahunan CEUPACS ke-29 di Pusat Konvensyen Shah Alam, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 17 DISEMBER 2022.
Operasi SAR Mangsa Tertimbus di Tapak Perkhemahan #TanahRuntuh
Anggota pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan anggota Pertahanan Malaysia melakukan kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa-mangsa yang tertimbus di lokasi tanah runtuh berhampiran tapak perkhemahan di Father's Organic Farm, Batang Kali, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 16 DISEMBER 2022.
LENSA MG | Keadaan Mangsa-Mangsa Tanah Runtuh Dibawa Keluar
Reaksi sedih salah seorang mangsa tanah runtuh yang berjaya diselamatkan ketika berada di Balai Polis Hulu Yam Bharu selepas dibawa keluar daripada lokasi kejadian tanah runtuh di FatherÕs Organic Farm, Batang Kali, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 16 DISEMBER 2022.
Dr Zaliha Lancar Pengoperasian Pusat Jantung Hospital Serdang
Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa (tengah) memeriksa fasiliti selepas melancarkan Pengoperasian Pusat Jantung Hospital Serdang di Hospital Serdang, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 12 DISEMBER 2022.
Anwar Hadir Pertemuan Mahabbah Ulama dan Asatizah
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalaman dengan golongan ulama semasa hadir pada Program Pertemuan Mahabbah bersama Ulama dan Asatizah di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya. Foto AFFAN FAUZI, 11 DISEMBER 2022.
Najib Razak di Istana Kehakiman Putrajaya
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berjalan keluar selepas menghadiri keputusan permohonan untuk mendapatkan beberapa dokumen transaksi melibatkan bekas Gabenor Bank Negara, Tan Seri Zeti Aziz di Mahkamah Rayuan Istana Kehakiman, Putrajaya. Foto AFFAN FAUZI, 08 DISEMBER 2022.
Majlis Penyerahan Sumbangan dan Bantuan Misi Bencana Banjir Kepada PDRM
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Hazani Ghazali melihat jaket keselamatan dan barangan makanan pada Majlis Penyerahan Sumbangan dan Bantuan Misi Bencana Banjir daripada 7 Eleven Malaysia Sdn Bhd kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Markas Operasi Pasukan Polis Marin Putrajaya. Foto AFFAN FAUZI, 07 DISEMBER 2022.