Affan Fauzi
PM Ramah Mesra Dengan Warga Parlimen Ayer Hitam #PRU15
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hadir pada Majlis Ramah Mesra bersama warga Parlimen Ayer Hitam sempena kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Dewan Balora Suria, Jalan Ros, Ayer Hitam, Johor. Foto AFFAN FAUZI, 09 NOVEMBER 2022.
Ahmad Maslan Berkempen Jumpa Pengundi #PRU15
Calon Barisan Nasional (BN) P.164 Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan menyantuni pengundi semasa mengadakan walkabout sempena kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Pekan Benut, Pontian, Johor. Foto AFFAN FAUZI, 09 NOVEMBER 2022.
Pelancaran Jentera BN Simpang Renggam #PRU15
Bendahari Agung Barisan Nasional, Datuk Seri Hishammuddin Hussein (kanan) dan Calon Barisan Nasional P.151 Simpang Renggam, Datuk Hasni Mohammad (tengah) dan Pengarah Pilihan Raya Negeri Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi (dua kiri) menyempurnakan gimik pelancaran pada Majlis Pelancaran Jentera BN Simpang Renggam di Laman Simpang Renggam, Johor. Foto AFFAN FAUZI, 07 NOVEMBER 2022.
Noraini Ahmad Ziarah Kasih Pesakit Strok #PRU15
Calon Barisan Nasional (BN) P.147 Parit Sulong, Datuk Seri Noraini Ahmad menyantuni pesakit strok, Munah Sahir pada Program Ziarah Kasih sempena kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Parit Sentang Batu, Johor. Foto AFFAN FAUZI, 07 NOVEMBER 2022.
Poster Boy “Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob” Dinaikkan
Kontraktor melakukan kerja-kerja memasang papan Òposter boyÕ iaitu Perdana Menteri yang juga calon Barisan Nasional P.090 Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sempena kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Parit Sulong, Johor. Foto AFFAN FAUZI, 07 NOVEMBER 2022.
Calon BN, Hasni Mohammad Kempen Jumpa Pengundi #PRU15
Calon Barisan Nasional P.151 Simpang Renggam, Datuk Hasni Mohammad menyantuni penduduk, Nor Anidah Basri semasa Program Ziarah Kasih sempena kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Jalan Benut, Simpang Renggam, Johor. Foto AFFAN FAUZI, 06. NOVEMBER 2022.
Mohamad Hasan Calon BN P.131 Rembau #PRU15
Calon Barisan Nasional P.131 Rembau, Datuk Seri Mohamad Hasan (tengah), calon Pakatan Harapan, Jufitri Joha (kiri), calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), S.Tinagaran (dua kiri), calon Perikatan Nasional, Mohd. Nazree Mohd. Yunus (dua kanan) dan calon Parti Pejuang Tanahair (Pejuang), Ramly Awalludin (kanan) bergambar kenangan selepas menyerahkan borang pencalonan sempena Pilihan Raya Umum ke-15 bagi P.131 Rembau di Dewan Seri Rembau, Negeri Sembilan. Foto AFFAN FAUZI, 05 NOVEMBER 2022.
KJ Luang Masa Dengan Penduduk Paya Jaras Hilir
Calon Barisan Nasional P.107 Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin beramah mesra dengan penduduk semasa mengadakan walkabout di sekitar Parlimen Sungai Buloh di Paya Jaras Hilir, Sungai Buloh, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 04 NOVEMBER 2022.
Sokongan Padu Jentera Kepada Megat Zulkarnain
Calon Barisan Nasional P.098 Gombak, Datuk Megat Zulkarnain Omar Din bersalaman dengan penyokong-penyokong yang hadir pada Majlis Pelancaran Jentera BN Parlimen Gombak sempena Pilihan Raya Umum ke-15 di Kompleks Lincah Mahaguru Omardin, Batu Caves, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 03 NOVEMBER 2022.
Tudung UMNO, PKR, PAS, PPBM Jadi Kegilaan Wanita #PRU15
Nur Nihayatul Istiana (kanan), Nur Athirah Othman dan Nur Amiradiyana Zakaria (tengah) masing-masing memperagakan tudung bawal logo parti politik sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 yang diadakan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Batu Caves, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 03 NOVEMBER 2022.