Muhammad Aizat Zainal
Dari Lambaian Kaabah ke Pelukan Keluarga, 283 Jemaah Selamat Pulang
Reaksi jemaah haji ketika berpelukan bersama ahli keluarga mereka selepas selamat tiba ke tanah air kira-kira jam 8.50 malam pada Sambutan Ketibaan Jemaah Haji Penerbangan Pertama (KT01) dari Tanah Suci bagi Musim Haji 1446H/2025M di Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Foto AIZAT ZAINAL, 14 JUN 2025.
Anwar Rasmi Hari Wartawan Nasional (HAWANA)
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika melawat pameran foto pada Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2025 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto AIZAT ZAINAL, 14 JUN 2025.
Aksi Penuh Malaysia Baham Vietnam 4 – 0 #KelayakanPialaAsia2027
Reaksi pemain Malaysia, Corbin Ong ketika menjaringkan gol pada perlawanan Kelayakan Piala Asia 2027 antara Malaysia menentang Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil. Foto AIZAT ZAINAL, 10 JUN 2025.
Salam Takziah… Suasana Awal Malaysia vs Vietnam
FAM menaikkan kain rentang ditulis "Salam Takziah" kepada keluarga 15 penuntut UPSI yang maut dalam kemalangan ngeri semalam pada permulaan perlawanan Kelayakan Piala Asia 2027 antara Malaysia menentang Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil. Foto AIZAT ZAINAL, 10 JUN 2025.
Zahid, Tengku Zafrul Hadir Forum WiEX 2025
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (tengah) ceria bersama Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz (kanan) pada Forum Women in Export (WiEX) 2025 di MATRADE Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 10 JUN 2025.
Sesi Latihan Harimau Malaya Persediaan Menentang Vietnam
Pasukan Harimau Malaya pada sesi latihan rasmi menjelang perlawanan menentang pasukan Vietnam sempena Kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 09 JUN 2025.
Durians Atok Jadi Tumpuan
Gelagat pelanggan berpeluang memilih pelbagai jenis durian pada musim durian ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Kedai Durians Atok, Shah Alam. Foto AIZAT ZAINAL, 08 JUN 2025.
Penduduk Putra Heights Tumbang dan Lapah Lembu #Aidiladha
Gelagat penduduk menumbangkang lembu sado sempena Hari Raya Aidiladha ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Masjid Putra Heights, Subang Jaya. Foto AIZAT ZAINAL, 07 JUN 2025.
Lembu Korban #Aidiladha
Aksi lembu yang diturunkan dari lori bagi persediaan ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha yang akan disambut esok ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Surau Al-Hakim, Ampang, Selangor. Foto AIZAT ZAINAL, 06 JUN 2025.
PGA Serbu Tempat Tinggal Warga Asing #OpKachi
Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Bukit Aman dibantu agensi-agensi lain memeriksa dan menahan warga asing dalam Operasi Kachi di sekitar rumah kedai di Pasar Borong Selayang. Foto AIZAT ZAINAL, 30 MEI 2025.

















