Muhammad Aizat Zainal
Persiapan Menjelang Sesi Persekolahan 2025
Ibu bapa mencuba baju sekolah untuk anaknya bagi persiapan memulakan sesi persekolahan 2025/2026 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pusat Pakaian Hari-Hari, Shah Alam, Selangor. Foto AIZAT ZAINAL, 9 FEBUARI 2025.
Polis Jejaki Lelaki Lepaskan Tembakan di Pusat Beli Belah
Anggota forensik PDRM membuat pemeriksaan di sekitar kawasan tembakan yang dilepaskan seorang lelaki warga tempatan malam tadi di pusat beli belah terkemuka di Setia Alam, Selangor. Foto AIZAT ZAINAL, 09 FEBRUARI 2025.
LENSA MG | Aksi-Aksi Menembak Wira Muda PLKN
Aksi Wira Muda PLKN ketika Latihan Menembak Senjata Ringan di Lapang Sasar Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja, Kem Perdana Sungai Besi, Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 8 FEBUARI 2025.
Paluan Berundur Persaraan Datuk Seri Hazani Ghazali
Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan, Datuk Seri Hazani Ghazali mengetuai persembahan pancaragam PDRM pada Majlis Paluan Berundur sempena persaraan beliau di Pusat Latihan Polis Diraja Malaysia (PULAPOL) Kuala Lumpur. foto AIZAT ZAINAL, 7 FEBUARI 2025
Cuti Umum – Skyride, Skyline Luge Jadi Tumpuan
Warga kota tidak melepaskan peluang membawa ahli keluarga bermain permainan Skyride dan Skyline Luge bagi memenuhi masa lapang pada hari cuti umum sempena Tahun Baharu Cina 2025 ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Rawang, Selangor. Foto AIZAT ZAINAL, 30 JANUARI 2025.
Keceriaan Rumah Anak Yatim Berkat Kasih #CNY
Pengasas Rumah Anak Yatim Berkat Kasih, Joseph Pang (tengah) bersama Isteri, Christine Lim (tiga kanan) dan Pengurus Rumah Anak Yatim Berkat Kasih, Abel Tan (dua kiri) bergambar bersama anak-anak yatim bagi menyambut Tahun Baharu Cina ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Klang, Selangor. Foto AIZAT ZAINAL, 29 JANUARI 2025.
Makan Besar Bersama Anak Angkat Muslim #CNY
Lelaki berketurunan Tionghoa, Michael Tong Wai Siong (tiga kanan) bersama anak-anak angkatnya yang beragama Islam, Rafie Ahmad Fauzi (empat kanan), Abdul Rahman Ahmad Fauzi (lima kanan), Rasyid Ahmad Fauzi (enam kanan) menggaul 'yee sang' meraikan makan besar pada malam sambutan Tahun Baru Cina di Petaling Jaya. Foto AIZAT ZAINAL, 28 JANUARI 2025.
MAIWP Run 2025 Putrajaya
Pengerusi MAIWP, Syed Kamarulzaman Syed Kabeer (dua kanan) melakukan gimik pelepasan para peserta pada larian 'MAIWP Run 2025' di Dataran Putrajaya. Foto AIZAT ZAINAL, 26 JANUARI 2025.
PM Sampaikan Anugerah Kecemerlangan Perancangan 2024
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bermesra dengan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg selepas menyampaikan Anugerah Felo Kehormat MIP pada Majlis Makan Malam dan Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Perancangan 2024 di Hotel Majestic Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 24 JANUARI 2025.
Projek Aerotrain KLIA
Kakitangan Aerotrain melakukan pengujian dan pemeriksaan semasa lawatan Projek Aerotrain KLIA yang akan beroperasi semula di Sepang. Foto AIZAT ZAINAL, 24 JANUARI 2025.

















