Monday, May 12, 2025
Home Penulis Artikel Oleh Muhammad Aizat Zainal

Muhammad Aizat Zainal

137 Artikel 0 Komen

Saifuddin Nasution Meninjau Penguatkuasaan Operasi Khas Pagar Laut

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, bersama Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Awang Alik Jeman dan Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah, ketika Program Lawatan Tinjauan Penguatkuasaan Operasi Khas Pagar Laut di Pelabuhan Klang, Selangor. Foto AIZAT ZAINAL 12 MAC 2025.

Anwar, Fahmi Beri Kata Semangat Kepada Tiga DJ Era

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra bersama Penyampai radio ERA, Nabil Ahmad, Radin dan Azad Jasmin Majlis Berbuka Puasa Bersama pengamal media di Perkarangan Auditorium Seri Angkasa, Angkasapuri Kota Media, Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 11 MAC 2025.

Hari Pembantu Perubatan Ke-14 Peringkat Kebangsaan

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad melawat pameran bersama pembantu perubatan yang hadir pada Hari Pembantu Perubatan Ke-14 Peringkat Kebangsaan tahun 2025 di Auditorium Perdana, Hospital Tunku Azizah (Hospital Wanita Dan Kanak-kanak), Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 10 MAC 2025.

Moreh Bersama Keluarga di Selepek Sahur

Orang ramai meluangkan masa bersama keluarga untuk moreh dan sahur pada bulan Ramadan ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Selepek Sahur Payang Walk, Kuala Terengganu. Foto AIZAT ZAINAL, 9 MAC 2025.

Serbu Kilang Memproses E-Sisa Haram, Peluru Hidup dan Kelongsong Ditemui

Antara barang rampasan di kilang e-sisa bagi susulan penemuan sisa amunisi dengan anggaran berat 40 tan ketika di Teluk Panglima Garang, Banting. Foto AIZAT ZAINAL, 6 MAC 2025.

Rambang Mata, Juadah Menarik di Bazar Stadium Shah Alam

Antara juadah menarik yang dijual sempena bulan Ramadan ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Bazar Stadium Shah Alam, Selangor. Foto AIZAT ZAINAL, 04 MAC 2025.

Anwar Rasmi Mesyuarat Agung Tahunan Cabang, Wanita dan AMK Keadilan Selangor

Perdana Menteri merangkap Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra dengan perwakilan pada Perasmian Perdana Mesyuarat Agung Tahunan Cabang, Wanita dan AMK Selangor di Hotel Concorde Shah Alam. Foto AIZAL ZAINAL, 28 FEBRUARI 2025.

Latihan Ex-Rimau Sempena Kepengerusian ASEAN 2025

Demonstrasi Latihan Amal Ex-Rimau Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) PDRM bagi persediaan menghadapi Kepengerusian ASEAN 2025 ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Pusat Konvensyen Centre Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 26 FEBRUARI 2025.

Basikal Terpakai Bukti Hobi ‘Tak Mahal’

Pemilik Kedai Basikal D Faizin, Azman Helmi, 43, menunggang basikal Cooper pelanggan yang siap dibaiki dengan menggunakan basikal terpakai ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Shah Alam, Selangor. Foto AIZAT ZAINAL, 25 FEBRUARI 2025.

Operasi Bersepadu JIM cekup 630 PATI

Warga asing yang cuba melarikan diri dari ditahan pada serbuan operasi bersepadu JIM Selangor bersama Agensi Kerajaan dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di sekitar Pasar Besar Klang Meru, Klang. Foto AIZAT ZAINAL, 22 FEBRUARI 2025.