Thursday, September 17, 2026
Home Penulis Artikel Oleh Muhammad Aizat Zainal

Muhammad Aizat Zainal

331 Artikel 0 Komen

Aksi PDRM FC vs Johor Darul Ta’zim 0 – 7

Pemain JDT, Arif Aiman membuat percubaan pada perlawanan Liga Super Malaysia antara PDRM FC menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Selayang, Selangor. Foto AIZAT ZAINAL, 05 OKTOBER 2025.

Hari Terbuka Pangkalan Udara Subang #40Tahun

Aksi persembahan anggota TUDM pada Hari Terbuka Pangkalan Udara Subang Sempena Hut ke-40 Jubli Delima ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Pangkalan Udara Subang, Selangor. Foto AIZAT ZAINAL, 04 OKTOBER 2025

Solidariti Free Sumud Flotilla

Gambar Perdana Menteri Israel, Benjamin Nentayahu dipamerkan supaya ditangkap pada Perhimpunan tanda solidariti kepada Global Sumud Flotilla di hadapan Kedutaan Besar Amerika Syarikat Jalan Tun Razak. Foto AIZAT ZAINAL, 03 OKTOBER 2025.

Konvensyen Pembaharuan Semula Bandar

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menerima resolusi Pembaharuan Semula Bandar daripada Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani pada Konvensyen Pembaharuan Semula Bandar (URA) di WTCKL, Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 03 OKTOBER 2025.

Suasana Sumud Nusantara Command Centre

Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM, Datuk Dr Ahmad Sani Araby Al-Kahery menerangkan perkembangan terkini misi Global Sumud Flotilla (GSF) yang mula memasuki zon merah ke Gaza pada sidang media di MAPIM Malaysia Central Warehouse, Sepang. Foto AIZAT ZAINAL, 01 OKTOBER 2025.

BUDI95 Untuk Rakyat Malaysia

Penerima manfaat BUDI95 kelihatan gembira menunjukkan resit bayaran selepas mengisi petrol ron95 dengan mendapat harga subsidi ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di sekitar Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 30 SEPTEMBER 2025.

PDRM Buru Suspek Kumpulan Jenayah Terancang

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail menunjukkan wajah-wajah suspek dikehendaki yang terlibat kumpulan jenayah terancang pada sidang media Op Jack Sparrow di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 24 SEPTEMBER 2025.

Menteri Pertahanan Terima ‘Unmanned Aerial Vehicle’

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin beramah mesra bersama Duta Besar Jepun, H.E Shikata Noriyuki (empat kanan) dan Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Seri Muhammad Hafizuddeain Jantan (tiga kiri) semasa penyerahan Peralatan Unmanned Aerial Vehicle (UAV) Dron di Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 22 SEPTEMBER 2025.

Zon Sifar Sisa Wilayah Persekutuan

Petugas Entomal Biotech Sdn Bhd, Nor Athasha Norazmi, 29, menunjukkan ulat sebelum diproses pada Majlis Pelancaran Zon Sifar Sisa di Pusat Penjaja Jalan Raja Muda Abdul Aziz (TPCA), Kampung Baru. Foto AIZAT ZAINAL, 21 SEPTEMBER 2025.

Zahid Lancar Ensiklopedia Terbitan DBP

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berbual mesra dengan Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Datuk Dr Anwar Ridhwan selepas melancarkan buku Ensiklopedia terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta Majlis Penyerahan Pelantikan Penterjemah dan Pentashih di Wisma DBP, Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 19 SEPTEMBER 2025.