Aniq Nabilafiq
JAIPk Serbu ‘Port’ Ponteng Puasa
Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Asyraf Ismail menyoal salah seorang pengunjung beragama islam yang disyaki tidak menghormati bulan Ramadan ketika Ops Ponteng Puasa ke atas sebuah pusat snuker di Ipoh, Perak. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 10 MAC 2026.
Fenomena ‘Laut Terbelah’ Pulau Pangkor
Pelancong tempatan dan asing melihat terumbu karang di dasar laut cetek sambil berjalan kaki menuju ke Pulau Giam dari Pantai Teluk Nipah pada jarak 400 meter ekoran berlaku fenomena air laut surut sehingga menimbulkan beting pasir ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Pulau Pangkor, Perak. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 02 FEBRUARI 2026.
Suasana Pengebumian Komando Inspektor Khairil Azhar
Anak, Zhakil Iman Khairil Azhar, 18 ditemani ahli keluarga tidak dapat menahan sebak ketika menyiram air ke pusara ayahnya, Allahyarham Inspektor Khairil Azhar Kamaruddin yang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kariah Masjid Jamek Tanjung Rambutan, Ipoh, pada Jumaat. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 23 JANUARI 2026.
Keluarga Menatap Jenazah “Inspektor Khairil Azhar” Buat Kali Terakhir
Ahli keluarga tidak dapat menahan sebak ketika menatap jenazah VAT 69 Komando, Allahyarham Inspektor Khairil Azhar Kamaruddin buat kali terakhir sebelum dikebumikan pada Istiadat Penghormatan Terakhir di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Briged Utara PGA, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 23 JANUARI 2026.
9 Individu Direman Kes Penemuan Mayat Dalam Kereta, Tembak Polis
Sembilan individu ditahan bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang wanita dalam kenderaan suspek serta menikam dan menembak anggota polis di Simpang Pulai, ditahan reman selama tujuh hari mulai Isnin. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 08 SEPTEMBER 2025.
PM Lancar Kilang Kenderaan Elektrik (EV) Proton
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika acara pelepasan kenderaan elektrik Proton pada Majlis Peluncuran Kilang Kenderaan Elektrik (EV) Proton di Proton Tanjung Malim, Perak. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 04 SEPTEMBER 2025.
Sultan Nazrin Di Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perak 2025
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan memeriksa perbarisan kawalan kehormat pada Sambutan Hari Kebangsaan Ke-68 Peringkat Negeri Perak bertemakan “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” di perkarangan Dewan Bandaran Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 31 OGOS 2025.
Sambutan Hari Kebangsaan Perak Kecoh
Seorang wanita berusia 41 tahun bertindak nekad naik ke pentas utama dan mendekati Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perak Tahun 2025 di hadapan Dewan Bandaran Ipoh. Bagaimanapun wanita berkenaan berjaya dihalang dan telah di tahan pihak polis. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 31 OGOS 2025.
Harta ‘Scavenger’ Di Sebalik Timbunan Sampah
Pengutip sampah berlesen, Badrul Hisyam Azmi @ Bujang menjalankan rutin harian ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Tapak Pelupusan Sampah Majlis Daerah Kampar. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 27 OGOS 2025.
Pentarama Merdeka@HOHO
Artis Budaya Persembahan Nyanyian, Tarian dan Drama (PENTARAMA) ketika mengikuti Program PENTARAMA Merdeka@HOHO anjuran Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) di sekitar bandaraya Ipoh, pada Sabtu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 23 OGOS 2025.

















