Aqira Azemi
Pas Akan Ambil Tindakan Terhadap Kor Ming #MGFlash
Pas akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berhubung kenyataan yang didakwa sebagai tohmahan dan fitnah terhadap parti itu.
Polis Terima Laporan Zikir Atas Kubur #MGFlash
Polis mengesahkan telah menerima laporan berhubung sekumpulan individu sedang berzikir dalam keadaan pelik di sebuah tanah perkuburan di Setapak di ibu negara, semalam.
Tiada Rakyat Malaysia Dalam Pesawat Jeju Air #MGFlash
Pejabat Kedutaan Malaysia di Korea Selatan memaklumkan setakat ini, tiada rakyat Malaysia terbabit dalam insiden pesawat terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan, pagi tadi.
Tindakan Wanita Cuba Terjun Bangunan Digagalkan #MGFlash
Seorang wanita yang cuba bertindak untuk terjun bangunan dari aras empat tidak menjadi selepas berjaya diselamatkan anggota bomba dalam kejadian di Flat Taman Sri Endah, di Kuala Lumpur.
Bincang Hukuman Sebat Di Negeri PN #MGFlash
Pas akan membincangkan cadangan pelaksanaan hukuman sebat di khalayak ramai di semua negeri ditadbir Perikatan Nasional (PN), menerusi mesyuarat Majlis Syura Ulama akan datang.
Anggota Tentera Didakwa Rogol Budak 10 Tahun #MGFlash
Dua anggota tentera yang didakwa atas pertuduhan merogol kanak-kanak berusia 10 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Kelantan hari ini.
Kelantan Tetapkan Tujuh Kategori Premis Perlu SPHM #MGFlash
Kerajaan Kelantan menetapkan tujuh kategori premis yang perlu mendapatkan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) bagi memperoleh Lesen Kekal Perniagaan di negeri itu.
Gerakan Minta Kaji Semula Kenaikan Tarif Elektrik #MGFlash
Kadar kenaikan tarif elektrik yang dijadualkan akan bermula Julai tahun depan perlu dikaji semula bagi mengelak beban tambahan kepada rakyat dan seterusnya memburukkan lagi keadaan ekonomi negara.
Dekri Adendum Daripada YDPA Memang Wujud – Nizar #MGFlash
Anak sulung kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Muhammad Nizar menegaskan beliau berani kerana benar mengenai wujudnya Dekri Adendum yang dikeluarkan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) ke-16 bagi membolehkan bapanya menjalani baki hukuman penjara sebagai tahanan di rumah.
Pesawat Jeju Air Terhempas #MGFlash
Sebuah pesawat yang bersama 181 orang terhempas di Lapangan Terbang Muan, Korea Selatan pagi ini. Menurut agensi berita Yonhap nahas berlaku ketika ia membawa 175 penumpang dan enam anak kapal.