Bernama
Pesawat tentera udara India terhempas di Rajasthan
Pesawat itu terhempas pada Jumaat ketika menjalani latihan dan setakat ini nasib juruterbangnya belum dapat dipastikan.
Ramai migran, pelarian maut di perairan Greece akibat bot karam menjelang...
Dua mayat ditemukan ketika operasi menyelamat dijalankan pada malam Jumaat berhampiran pulau Paros di Laut Aegean
Banjir: Lebih 45,000 mangsa berada di PPS pagi ini
Mereka ditempatkan di 290 PPS di Pahang, Selangor, Kelantan, Melaka, Perak, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur.
Hampir 23 juta populasi dewasa Malaysia lengkap vaksinasi setakat semalam
Bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sejumlah 87.2 peratus atau 2,744,559 telah melengkapkan vaksinasi manakala 2,839,606 atau 90.2 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.
Dua mangsa lemas ditemukan di dua lokasi berasingan – Polis
Anak mangsa bersama beberapa rakan telah mencari mangsa setelah mangsa tidak pulang ke rumah sejak petang semalam sebelum menjumpainya di belakang sebuah rumah berdekatan dengan tempat perahunya terbalik di kawasan sawah yang dinaiki air banjir. - Datuk Muhamad Zaki Harun.
Kerajaan sumbang RM10,000 kepada waris terkorban akibat banjir
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau akan mendapatkan senarai nama mereka yang terkorban daripada pusat bencana daerah, bagi memastikan sumbangan itu disampaikan segera.
Lebih RM30,000 lesap angkara tiga Macau Scam di Port Dickson semalam...
Mangsa dimaklumkan terdapat penggunaaan kad kredit atas namanya digunakan untuk pembelian bitcoin sebelum panggilan disambungkan kepada pegawai Bank Negara.
Korban mangsa banjir 41 orang, lapan masih hilang – KPN
Bencana banjir dilaporkan telah mengorbankan 41 nyawa di seluruh negara setakat ini manakala lapan orang masih hilang.
Hujan dan ribut petir di beberapa negeri pada Krismas
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan ramalan hujan dan ribut petir di beberapa kawasan pantai Kelantan, Terengganu dan Pahang pada Hari Krismas esok (25 Dis).
Proses pemulangan 11 jenazah warga Indonesia bermula semalam
Konsulat Jeneral Republik Indonesia (KJRI) di sini dalam kenyataan hari ini memaklumkan proses pemulangan itu melibatkan 11 jenazah dengan menggunakan Kapal Patroli Polisi Perairan Indonesia KP Laksamana 7012.