Bernama
Taburan hujan semalam menyamai purata taburan sebulan, hanya terjadi 100 tahun...
Hujan lebat yang berterusan dalam tempoh 24 jam sejak lewat malam Jumaat menyamai jumlah taburan purata hujan di Lembah Klang untuk tempoh sebulan dan ia umpama fenomena yang berlaku setiap 100 tahun sekali.
Polis, bomba sahkan tiada kejadian 16 hanyut di Telemong
Polis menafikan mesej tular menerusi media sosial hari ini mengatakan 16 orang hanyut dengan lima daripadanya masih hilang kononnya berlaku di Telemong, Bentong.
Mahkamah Tinggi benarkan SPRM lucut hak harta bekas Exco Johor
Mahkamah Tinggi, di sini hari ini membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melucut hak ke atas harta bernilai lebih RM6 juta milik bekas Exco Kerajaan Johor Datuk Abdul Latif Bandi, anak dan menantunya.
Laman rumah dipenuhi timbunan kayu, pokok besar tumbang akibat banjir
Mohd Yusof, yang merupakan pekerja sebuah kilang di Bangi, berkata kerja-kerja pembersihan laman itu dijangka mengambil masa lebih seminggu untuk mengangkat timbunan kayu serta pokok besar dan membersihkan lumpur di dalam rumah.
Operator kilang dikhuatiri lemas selepas dihanyut arus deras
Wan Mohd Zahari berkata operasi mencari dan menyelamat melibatkan 10 pegawai dan anggota polis dan bomba, menggunakan dua bot dan masing-masing sebuah lori serta pacuan empat roda.
Pastikan setiap mangsa banjir terima kemudahan, bantuan JKM – PM
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta Jabatan Kebajikan Masyarakat supaya memastikan setiap mangsa banjir menerima kemudahan dan bantuan yang disalurkan.
JBPM atur gerak lima helikopter bantu mangsa banjir
Nor Hisham berkata keadaan cuaca hujan dan angin kuat turut diambil kira sebelum aset helikopter diatur gerak bagi melaksanakan operasi membantu mangsa banjir.
Lebih 14,000 mangsa banjir dipindahkan setakat pagi Ahad
Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan hujan lebat berterusan peringkat bahaya akan berlaku di Cameron Highlands, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong dan Kuantan hari ini manakala Temerloh, Maran dan Pekan dijangka dilanda hujan lebat berterusan tahap buruk.
5,731 PPS dikenal pasti mampu tampung 1.63 juta mangsa bencana banjir
Rina berkata bagi menangani penularan COVID-19, kesemua mangsa akan melalui saringan COVID-19 untuk mengelakkan daripada tercetusnya kes COVID-19 sebelum penempatan dibuat di PPS berkaitan.
Hujan sangat lebat diramal di Perak, Pahang, Selangor hari ini
Hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya diramal berlaku hari ini di beberapa kawasan di ibu negara, Perak, Pahang dan Selangor.