Bernama
Polis percaya mayat yang ditemui adalah Nora Anne
Mazlan berkata mayat itu ditemui dalam keadaan tidak berpakaian dan enggan mengulas sama ada terdapat sebarang kecederaan pada tubuh mayat berkenaan dan menegaskan perlu menunggu laporan bedah siasat.
Percakapan Nik Faisal, Jho Low dirakam di Jakarta, Abu Dhabi
Perkara itu didedahkan Penolong Kanan Pesuruhjaya (PKPj) Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM Rosli Husain pada hari ke-52 perbicaraan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menghadapi tujuh pertuduhan berkaitan penyelewengan dana SRC berjumlah RM42 juta.
Najib gagal dalam rayuan akhir bagi menangguhkan perbicaraan 1MDB
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak gagal dalam rayuan akhir di Mahkamah Persekutuan di sini hari ini bagi menangguhkan perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dijadualkan 19 Ogos.
Polis cari suspek kes tetak bekas isteri
Polis sedang mengesan seorang lelaki warganegara Pakistan, Sultan Amir Najeem, 50an, yang dipercayai menetak bekas isterinya menggunakan sebilah golok di hadapan sebuah bank di sini, pada 1 Ogos lepas.
IPU Miri berbahaya
Mengikut data Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), IPU 344 dicatatkan di stesen pengawasan udara yang terletak di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri.
JAS aktifkan dua pelan tindakan atasi jerebu
Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar, Norlin Jaafar berkata langkah itu dilaksanakan selepas kualiti udara mencapai tahap bahaya di kawasan Miri dan Kuala Baram sejak dua hari lalu.
Menyamar Penasihat Istana, peniaga gerai didakwa menipu
Mohd Salimie Baharudin, 26, mengaku tidak bersalah dengan curangnya memperdaya mangsa di lokasi di No 2, Jalan P10B/11, Presint 10 di sini pada 1 Ogos lalu dengan menjanjikan imbuhan tiga kali ganda berbanding jumlah wang RM100,000 yang diserahkan kepadanya dalam beberapa akaun secara berperingkat.
Bimbang perang perdagangan pacu ringgit rendah
Pada 9 pagi, ringgit berada pada paras 4.1900/1940 daripada 4.1830/1880 pada Jumaat.
Bursa dibuka rendah
Pada 09.05 pagi ini, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.66 mata kepada 1,611.39 selepas dibuka 0.20 mata lebih rendah kepada 1,614.85.
Pencarian Nora Anne masuk hari ke-10
Keberadaan dan nasib remaja itu terus menimbulkan tanda tanya bukan sahaja di kalangan masyarakat, bahkan juga di kalangan pengamal media tempatan dan antarabangsa yang telah berkampung di lokasi kejadian sejak hari pertama Nora Anne dilaporkan hilang.