Muhammad Fareez Muhamad Fadzil
Beratur Panjang Demi Apple Store Pertama di Malaysia
Orang ramai menunggu dari semalam dan beratur panjang sebelum pembukaan Apple Store pertama di Malaysia ketika tinjauan MalaysiaGazette di TRX Exchange, Kuala Lumpur. Foto FAREEZ FADZIL, 22 JUN 20024.
Pelepasan Banduan Secara Lesen Sempena #RayaAidilfitri2024
Banduan Prospek, Azmi (bukan nama sebenar) memegang erat tangan anak dan isterinya berjalan pulang selepas Program Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) Ihsan Madani sempena Hari Raya Aidilfitri 2024 di Penjara Kajang, Selangor. Foto FAREEZ FADZIL, 04 APRIL 2024.
Penyerahan 25,000 Kampit Beras Kurniaan YDP Agong Kepada Asnaf
Gelagat sebahagian asnaf menerima kampit beras pada Majlis Penyerahan 25,000 Kampit Beras Kurniaan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim kepada Asnaf di Masjid Saidina Hamzah, Kg. Batu Muda, Kuala Lumpur. Foto FAREEZ FADZIL, 22 MAC 2024.
Perhimpunan Agung Khas Parti Pribumi Bersatu Malaysia
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin bersorak bersama Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Faizal Azumu dan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin pada Perhimpunan Agung Khas PPBM di Selayang, Selangor. Foto FAREEZ FADZIL, 02 MAC 2024.
Waktu Senja di Sekinchan #25Februari
Suasana matahari terbenam semasa pesawah melakukan kerja-kerja penanaman padi selepas musim menuai ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Sekinchan, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 25 FEBRUARI 2024.
Sambutan Hari Kraf Kebangsaan 2024
Pereka kraf dari Uzbekistan, Shukurova Mekhrangiz Sobirovna membuat kraf antik dari negaranya pada Perasmian Hari Kraf Kebangsaan 2024 di Kompleks Kraf Kuala Lumpur. Foto FAREEZ FADZIL, 24 FEBRUARI 2024.
Calon BN, Raja Mohamed Affandi Keluar Pagi Jumpa Pengundi #PRKKemaman
Calon Barisan Nasional (BN), Jen (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor (tengah) berbual mesra ketika bersarapan pagi bersama penduduk kampung sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) P040 Kemaman di Chukai, Terengganu. Foto FAREEZ FADZIL, 25 NOVEMBER 2023.
Anggota Polis Laksana Undi Pos #PRKKemaman
Anggota polis melakukan proses pengundian pos sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) P040 Kemaman di IPD Kemaman, Terengganu. Foto FAREEZ FADZIL, 24 NOVEMBER 2023.
BOMBA | Bukan Sekadar Memadam Kebakaran
Pasukan bomba melakukan operasi mencari dan menyelamat mangsa-mangsa yang tertimbus akibat gempa bumi ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Gaziantep, Turkiye. Foto FAREEZ FADZIL, 13 FEBRUARI 2023.
Koleksi Tudung Jalur Gemilang 2023 #Merdeka66
Shahira Khairul Anuar menunjukkan beberapa jenis tudung bawal bercorak Jalur Gemilang sempena Bulan Kemerdekaan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Batu Caves, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 23 OGOS 2023.