Muhammad Fareez Muhamad Fadzil
Maszlee Malik Makan Durian Berkempen #PRNJohor
Calon PH N.41 Puteri Wangsa, Dr Maszlee Malik menyantuni penduduk dengan menjamah durian ketika berkempen sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 di Taman Daya, Tebrau. Foto FAREEZ FADZIL, 28 JUN 2026.
BN Umum 56 Calon PRN Johor
Pengerusi Badan Perhubungan BN Johor yang juga calon N.26 Machap, Datuk Onn Hafiz Ghazi bergambar bersama barisan calon selepas Majlis Pengumuman Calon BN sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 di Johor Bahru. Foto FAREEZ FADZIL, 24 JUN 2026.
Lembu Sado RM40,000 #RayaKorban
Lembu sado bernama 'Beast' dengan ketinggian 190cm bernilai RM40,000 membuat persediaan sebelum Karnival Qurban 2026 sempena Hari Raya Aidiladha ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Kandang Fidlot, Tayyib Ranch, Banting. Foto FAREEZ FADZIL. 21 MEI 2026.
Penghormatan Terakhir Untuk ‘Ayah, Emak’
Anak-anak mangsa, D. Shatiswaran (kanan), D. Pavithra (kiri) dan D. Chera (tengah) memberi penghormatan terakhir kepada ayah dan emaknya, A. Doraisingam dan A. Menagah yang maut dirempuh kereta dipercayai pemandu mabuk di jalan Ampang ketika tinjauan di kediaman keluarga di Kuala Lumpur. Foto FAREEZ FADZIL, 04 MEI 2026.
Sambutan Hari Pendengaran Sedunia 2026
Penerima-penerima implan koklea, Nur Arrisa Abdul Rahim (kiri) dan Shanvika Shanker berbual mesra dengan menggunakan alat bantu dengar Behind-the-Ear (BTE) pada Sambutan Hari Pendengaran Sedunia 2026 ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di KKM, Putrajaya. Foto FAREEZ FADZIL, 10 APRIL 2026.
Taufiq Johari Hari Pertama Mula Tugas di Menara KBS
Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari mengimbas kad perakam waktu pada hari pertama menjalankan tugas rasmi bersama timbalannya, Mordi Bimol (kiri) di Menara KBS, Putrajaya. Foto FAREEZ FADZIL, 17 DISEMBER 2025.
Zahid Hamidi Hadir Command Centre BN
Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (tengah) bersama Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki (kiri) serta yang lain kelihatan berbincang sesuatu ketika melawat 'command centre BN' bagi mengikuti keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke 17 di Bangunan UMNO, Kota Kinabalu. Foto FAREEZ FADZIL, 29 NOVEMBER 2025.
Calon BN Bongawan Bantu Mangsa Kemalangan
Calon Barisan Nasional (BN) N.30 Bongawan, Datuk Mohamad Alamin (tengah) sempat membantu mangsa kemalangan jalanraya ketika berkempen sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 di Kampung Brunei, Kimanis, Sabah. Foto FAREEZ FADZIL, 23 NOVEMBER 2025.
LENSA MG | Kakiku dan RM1
Orang kurang upaya, Sat Tu Zet mencari rezeki dengan membantu pemandu van yang membawa penumpang ke luar bandar ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Kota Kinabalu, Sabah. Foto FAREEZ FADZIL, 20 NOVEMBER 2025
Reaksi Penduduk Selepas Terima Notis Kosongkan Rumah
Penduduk Kampung Batu 11 berkumpul susulan 24 buah rumah diberi notis pengosongan dan berdepan tindakan perobohan di Gombak, Selangor. Foto FAREEZ FADZIL, 02 NOVEMBER 2025.

















