Wakil MalaysiaGazette Kelantan, Aiman Rafiqi menerima anugerah daripada Shahir Adnan malam tadi.

KUALA LUMPUR: Portal MalaysiaGazette dipilih antara penerima Anugerah Perniagaan Keusahawanan Kelantan (KBEA) 2026 bagi kategori Media Kelantan yang berlangsung di Kota Bharu, malam tadi.

Anugerah yang dianjurkan Media Home Communication itu memberikan pengiktirafan kepada 30 usahawan yang berjaya dalam pelbagai kategori perniagaan masing masing.

Anugerah itu disampaikan Pengerusi KBEA 2026, Shahir Adnan kepada wakil MalaysiaGazette di Kelantan, Rafiqin Aiman.

Shahir berkata, pihaknya menerima sebanyak 150 penyertaan bagi anugerah itu, sebelum 30 penerima dipilih dalam tujuh kategori berbeza.

Shahir Adnan

Selain Media Kelantan, kategori lain termasuk Syarikat; Selebriti; Pempengaruh; Agensi Kerajaan; Tokoh Khas Kelantan dan Individu.

Bertemakan `Bukan Sekadar Anugerah. Sebuah Pengiktirafan Yang Membina Legasi’, anugerah itu adalah penanda aras bagi kecemerlangan semua usahawan di Kelantan.

“Tema ini bukan sekadar slogan. Ia adalah penghormatan kepada mereka yang telah memilih untuk berusaha, berani mengambil langkah pertama dan tidak mudah menyerah apabila berdepan cabaran,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah Shahir, KBEA juga bukan milik individu, sebaliknya adalah sebuah platform yang dibina bersama untuk meraikan kecemerlangan, membina jaringan, membuka peluang dan memberi kembali kepada masyarakat.

Antara penerima lain pada malam anugerah itu ialah ikon selebriti negara, Sabri Yunus dan isteri, Ardini Angeline Tan, Fizo Omar dan Pok Pang Band, serta pempengaruh Wadiey Bobby dan Mek Kelate Mek Manis.

Selain itu, tokoh Khas Kelantan diberikan kepada Puan Seri Hanifat Harun (Women Leadership & Community Icon) dan Fahdi Ghazali – Pengasas Funnel EVO, manakala anugerah media Kelantan turut diberikan kepada TV Kelantan, Molek FM dan Ikim FM. – MalaysiaGazette

Penerima Anugerah Perniagaan Keusahawanan Kelantan (KBEA) 2026 yang berlangsung di Kota Bharu, malam tadi.

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here