Friday, April 26, 2024
Home Penulis Artikel Oleh Muhammad Fareez Muhamad Fadzil

Muhammad Fareez Muhamad Fadzil

983 Artikel 0 Komen

MAIWP Sampaikan Sumbangan Rahmah Madani Aidilfitri Kepada Pesakit HKL dan HTA

Ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Zainal Abidin Shaik Zakaria (tengah) diiringi Pengarah HKL, Datin Dr. Rohana Johan (kiri) menyampaikan sumbangan kepada pesakit wad hospital pada Majlis Penyampaian Sumbangan Rahmah Madani Aidilfitri 2023 MAIWP kepada pesakit Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Tunku Azizah (HTA) di HKL, Kuala Lumpur. Foto FAREEZ FADZIL, 10 MEI 2023.

Kenderaan Menghala Pantai Timur Meningkat

Penjaga tol memberi risalah kepada pengguna LPT yang pulang ke kampung halaman bagi menyambut kedatangan Aidilfitri ketika tinjauan Lensa Malaysia Gazette di Plaza Tol Gombak, Selangor. Foto FAREEZ FADZIL, 18 APRIL 2023.

Karya Agung Sayr Al-Salikin dan Hikayat Iskandar Zulkarnain

Pengunjung, Aimi Najihah (kanan) dan Nurelise Qistina menunjukkan buku Karya Agung Sayr Al-Salikin dan Hikayat Iskandar Zulkarnain selepas pelancarannya di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Wisma Dewan Bahasa dan Pustaka. Foto MOHD ADZLAN, 17 APRIL 2023.

Sidang Media Tan Sri Lee Kim Yew

Tokoh hartanah terkemuka, Tan Sri Lee Kim Yew bercakap pada sidang media selepas diisytiharkan bankrap oleh 'pihak ketiga' berhubung saman RM3 juta di Mines Beach Resort, Selangor. Foto FAREEZ FADZIL, 13 APRIL 2023.

Polis KL Lancar Kempen Pemanduan Berhemah dan Rumah Selamat

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Yahaya Othman (kiri) berbual dengan penunggang motosikal selepas pelancaran Kempen Pemanduan Berhemah dan Rumah Selamat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur. Foto FAREEZ FADZIL, 11 APRIL 2023.

Syamsul Yusof Hadir Sebutan Kes Nusyuz di Mahkamah Syariah

Pengarah filem, Syamsul Yusof hadir sebutan permohonan kes Nusyuz terhadap isterinya, Puteri Sarah Liyana di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor. Foto FAREEZ FADZIL, 06 APRIL 2023.

Zahid Hamidi Hadir Program Santunan Kasih Ramadan

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bersalaman bersama tetamu yang hadir pada Majis Santunan Kasih Ramadan di PPR Seri Semarak, Kuala Lumpur. Foto MUHD NA’IM, 02 APRIL 2023.

Rosmah Hadir Dengar Permohonan Dapatkan Pasport Buat Sementara di Mahkamah

Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor tiba di mahkamah bagi pendengaran permohonan rayuan mendapatkan pasport antarabangsanya buat sementara di Mahkamah Rayuan Istana Kehakiman, Putrajaya. Foto MUHD NA’IM, 21 MAC 2023.

Salahuddin Ayub Lancar Rahmah MYDIN Klasiknya Raya

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub (kanan) diiringi Pengarah Urusan MYDIN, Datuk Ameer Ali Mydin (kiri) beramah mesra dengan pengunjung yang membeli baju raya Jualan Rahmah bernilai RM30 selepas Pelancaran Kempen Klasiknya Raya MYDIN di MYDIN Subang Jaya, Selangor. Foto FAREEZ FADZIL, 15 MAC 2023

Tukang Cuci #DailyLife

Seorang pekerja berehat seketika selepas membuat kerja-kerja pembersihan tingkap bangunan berikutan cuaca hujan tidak menentu ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Jalan Duta, Kuala Lumpur. Foto MUHD NA’IM, 03 MAC 2023.