Muhammad Fareez Muhamad Fadzil
LENSA MG | Aksi Latihan Pasukan Indonesia di Stadium Bukit Jalil
Jurulatih sementara pasukan Indonesia, Yeyen Tumena (tengah) ketika sesi latihan rasmi sempena perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023 bagi menentang Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 18 NOVEMBER 2019
LENSA MG | Sidang Media Malaysia vs Indonesia Kelayakan #PialaDunia2022 #PialaAsia2023
Pemain Malaysia, Shahrul Saad (dua kanan) bersalaman bersama pemain Indonesia, Yanto Basna (dua kiri) pada sesi sidang media sempena perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023, turut serta Ketua Jurulatih pasukan Malaysia, Tan Cheng Hoe (kanan) dan Jurulatih sementara pasukan Indonesia, Yeyen Tumena (kiri) di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 18 NOVEMBER 2019
LENSA MG | Aksi Latihan Harimau Malaya ‘Persiapan Menentang Indonesia’
Pemain-pemain pasukan Malaysia ketika sesi latihan rasmi sempena perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023 bagi menentang Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 13 NOVEMBER 2019
Pelancaran Logo Wanita Keadilan (PKR)
Ketua Wanita Keadilan, Haniza Mohamed Talha (empat kanan) bersama Timbalan Ketua Wanita Keadilan, Dr Daroyah Alwi (dua kiri) berbual mesra bersama Ahli Tertinggi Wanita Keadilan ketika melancarkan Logo Wanita Keadilan di Hotel Empire, Subang, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 16 NOVEMBER 2019
Safawi Rasid Rangkul Pemain Paling Bernilai (MVP) Anugerah ABK19
Presiden PKNS FC, Siti Zubaidah Abdul Jabar (tengah) menyampaikan Pemain Paling Bernilai (MVP) kepada Johor Darul Ta'zim (JDT), Muhammad Safawi Rasid (kanan) pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2019 (ABK19), turut serta Timbalan Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi di Hotel Tenera, Bangi, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 15 NOVEMBER 2019
LENSA MG | Aksi Penyokong Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil
Antara gelagat penyokong Thailand ketika hadir bagi memberi sokongan pada perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023 di antara Malaysia menentang Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 14 NOVEMBER 2019
Tun M Saksi Perjanjian Persefahaman ‘MoU’
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (tengah) diiringi Menteri Luar Negeri, Datuk Saifuddin Abdullah (dua kanan) dan Menteri Industri Utama, Teresa Kok (kiri) menyaksikan pertukaran dokumen selepas menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) di antara Pengerusi Bohai Commodity Exchange Malaysia/Asean, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan (dua kanan) dan Pengerusi Bohai Commodity Exchange China (BOCE Global), Yan Dong Sheng (dua kiri) di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya. foto FAREEZ FADZIL, 14 NOVEMBER 2019
LENSA MG | Aksi Latihan Pasukan Thailand #PialaDunia2022 #PialaAsia2023
Pemain pasukan Thailand, Chanathip Songkrasin (kanan) pada sesi latihan sempena perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 13 NOVEMBER 2019
Sidang Media Malaysia vs Thailand #PialaDunia2022 #Piala Asia 2023
Ketua Jurulatih pasukan Malaysia, Tan Cheng Hoe (dua kanan) bersalaman bersama Ketua Jurulatih pasukan Thailand, Akira Nishino (dua kiri) pada sesi sidang media sempena perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023, turut sama pemain Malaysia, Aidil Zafuan Abdul Radzak (kanan) bersalaman bersama ketua pasukan Thailand, Siwarak Tedsungnoen (kiri) di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 13 NOVEMBER 2019
LENSA MG | Sesi Latihan Harimau Malaya
Aksi pemain-pemain pasukan Malaysia pada sesi latihan sempena perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 13 NOVEMBER 2019

















