Muhammad Fareez Muhamad Fadzil
ERC Bertemu Wakil-Wakil Politik
Pengerusi Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya (ERC), Tan Sri Ab Rashid Ab Rahman (tengah) berbual mesra bersama wakil-wakil parti politik pada Program Libat Urus Terbuka 'Reformasi Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya di Institut Integriti Malaysia, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 02 OKTOBER 2019
Ketua Polis Negara Hadir Majlis Penutup Anugerah Graduan Terbaik PDRM
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador (tengah) menyampaikan Anugerah Graduan Terbaik Program Sarjana Sains Sosial (Pengajian Kepolisan) kepada DSP Wong Ting Lee (kanan) sambil diiringi Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor (kiri) pada Perasmian Majlis Penutup Kursus Ijazah Sarjana Sains Sosial (Pengajian Kepolisan), Diploma Siswazah Sains Kepolisan (DSSK) dan Diploma Eksekutif Sains Siasatan (DESS) 2017/2019 di Maktab PDRM, Cheras. foto FAREEZ FADZIL, 02 OKTOBER 2019
Khalid Samad Rasmi Inisiatif Wilayah Peduli Komuniti Sejahtera #PDRM
Menteri Wilayah Persekutuan, Yb Khalid Samad (tengah) diiringi Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan menyaksikan demo PDRM pada Perasmian Inisiatif Wilayah Peduli Komuniti Sejahtera di Dewan Perumahan Awam Desa Rejang, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 29 SEPTEMBER 2019
GERAKAN Rasmi Persidangan Perwakilan Negeri, Pemuda dan Wanita Wilayah Persekutuan 2019
Presiden Kebangsaan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN), Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai (tengah) melaungkan 'Satu Hati' bersama Timbalan Presiden GERAKAN, Oh Tong Keong (tiga kanan), Ketua Perhubungan GERAKAN Wilayah Persekutuan merangkap Setiausaha Agung GERAKAN, Mah Kah Keong (tiga kiri), Mantan Presiden GERAKAN, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon (dua kiri) serta para perwakilan pada Perasmian Persidangan Perwakilan Negeri, Pemuda dan Wanita Wilayah Persekutuan 2019 di Menara PGRM, Cheras. foto FAREEZ FADZIL, 29 SEPTEMBER 2019
LENSA MG | Ibrahim Ali pada Majlis Pelancaran Parti PUTRA
Presiden Penaja Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA), Datuk Dr. Ibrahim Ali (tengah) bersama Timbalan Presiden Penaja PUTRA, Tan Sri Khalid Yunos serta kepimpinan tertinggi parti PUTRA melaungkan 'Hidup Melayu' pada Majlis Pelancaran Parti PUTRA di Kampung Baru, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 28 SEPTEMBER 2019
Chef Wan di Program ‘US Halal Turkey’
Atase Pertanian Serantau Kedutaan Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, William Verzani (kanan) menerima masakan dari chef selebriti, Chef Wan selepas membuat demonstrasi masakan ayam belanda pada Program 'US Halal Turkey' di Giant Hypermarket Bukit Tinggi, Klang, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 28 SEPTEMBER 2019
Anwar Ibrahim Hadir Seminar Ekonomi, Kemiskinan dan Kesenjangan
Pengerusi Kaukus Reformasi dan Tadbir Urus Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) melambai ketika hadir pada Seminar Ekonomi, Kemiskinan dan Kesenjangan Di Malaysia 'Takrifan dan Pelaksanaan' di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 24 SEPTEMBER 2019
TERKINI : Hamilton Teruja Bersaing dengan Ferrari
TERKINI : Hamilton Teruja Bersaing dengan Ferrari
Aksi Wan Azizah Menari Bersama Warga Mas
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (kiri) menari bersama warga emas, Goh Kok Heng ketika melawat pusat jagaan harian pada Majlis Perasmian Kompleks Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MYyAgeing) di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang. foto FAREEZ FADZIL, 23 SEPTEMBER 2019
Najib #BOSSKU Solat Jumaat di Masjid Paya Jaras
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (tiga kiri) kusyuk membaca doa selepas menunaikan solat jumaat bersama penduduk di Masjid Jamek Al-Ehsan, Paya Jaras, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 20 SEPTEMBER 2019

















