Tuesday, February 11, 2025
Home Penulis Artikel Oleh Muhammad Fareez Muhamad Fadzil

Muhammad Fareez Muhamad Fadzil

994 Artikel 0 Komen

Reaksi Najib, Saksi, Peguam di Mahkamah

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika hadir perbicaraan kes SRC International Sdn Bhd membabitkan dana RM42 juta di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 14 JUN 2019

Rakan Artis Ziarah Jenazah Allahyarham Datuk A Rahman Hassan

Isteri, Datin Fadilah Mansor kelihatan sebak ketika melihat jenazah suaminya, Allahyarham Datuk A Rahman Hassan yang meninggal dunia akibat komplikasi paru-paru di kediamannya di Taman Sri Ukay, Ampang. foto FAREEZ FADZIL, 13 JUN 2019

Ahmad Hamzah Kekal Ahli Parlimen Jasin dan Milik BN

Ahli Parlimen Jasin, Datuk Seri Ahmad Hamzah (dua kanan) menerima pelukan dan ucapan tahniah dari calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan selepas mahkamah menolak petisyen membatalkan kemenangan Ahli Parlimen Jasin pada Pilihan Raya Umum (PRU14) yang lepas di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 12 JUN 2019

Daily Life – Rutin Warga Kota #RayaAidilfitri2019

Penduduk di ibu kota kembali bekerja selepas cuti umum sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Jalan Datuk Haji Eusoff, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 07 JUN 2019

Daily Life – Raya-Raya #DuitRaya

Refleksi sekumpulan kanak-kanak semasa beraya dari rumah ke rumah ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Kampung Melayu Kepong, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 06 JUN 2019

Tun M dan Tun Siti Hasmah pada Majlis Rumah Terbuka Hari...

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ditemani isteri, Tun Siti Hasmah Mohamad Ali dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail bergambar kenangan dengan orang ramai pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri dan Anggota Jemaah Menteri 2019 di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya. foto NOOREEZA HASHIM, 05 JUN 2019

Suasana Awal Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri dan Anggota...

Gelagat orang ramai ketika hadir pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri dan Anggota Jemaah Menteri 2019 di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya. foto FAREEZ FADZIL, 05 JUN 2019

Daily Life – Malam Raya Jalan TAR dan Dataran Merdeka Sesak...

Gelagat peniaga memperagakan baju kebaya untuk menjual kepada pengunjung sebagai persiapan akhir menjelang Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut esok ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 04 JUN 2019

Zuraida Kamaruddin Dengar Keluhan OKU

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Zuraida Kamaruddin (kiri) berbual dengan aktivis Orang Kelainan Upaya (OKU) Presiden Petpositive, Anthony Thanasayan (dua kanan) serta yang lain di Pejabat KPKT, Putrajaya. foto FAREEZ FADZIL, 03 JUN 2019

Daily Life – Naik Feri Balik Kampung #Indonesia #Raya2019

Gelagat seorang kanak-kanak warga Indonesia semasa menaiki perkhidmatan feri untuk pulang ke kampung halaman bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Terminal Penumpang dan Feri Antarabangsa ASA Niaga Harbour City, Pelabuhan Klang. foto FAREEZ FADZIL, 02 JUN 2019