Muhammad Fareez Muhamad Fadzil
Seminar Trend Terkini Jenayah Komersial
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Datuk Seri Mohd Zakaria Ahmad berbual (kanan) bersama sebahagian badan bukan kerajaan (NGO) pada program Seminar Trend Terkini Jenayah Komersial di Menara KPJ, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 07 OGOS 2019
Penyampaian Hadiah Festival Bahasa dan Sastera 2019
Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Profesor Mohamed Hatta Shaharom (tengah) diiringi Presiden Persatuan Penterjemahan dan Penulisan Kreatif, Datuk Goh Hin San dan Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) DBP, Datuk Padilah Ali berbual mesra bersama sepasukan pemenang pertandingan Koir dari SM Tsun Jin pada Majlis Penyampaian Hadiah Festival Bahasa dan Sastera 2019 di Bangunan DBP, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 06 OGOS 2019
Waytha Moorthy Lancar Kempen #SaySomethingNice
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy (tengah) bersama Pengarah Utusan Zubedy (M) Sdn Bhd, Anas Zubedy serta yang lain bergambar kenangan pada Pelancaran Kempen #SaySomethingNice di Universiti Taylor, Subang Jaya, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 06 OGOS 2019
Muhyiddin Yassin Lancar Persidangan Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO)
Menteri Dalam Negeri (KDN), Tan Sri Muhyiddin Yassin (tengah) bersama Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Alwi Ibrahim (kanan) serta yang lain menunjukkan simbolik henti pemerdangan orang ketika melawat pameran pada Pelancaran Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO) - Joining Hands Against Modern Slavery (JHAMS) di Hotel JW Marriott, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 05 OGOS 2019
Tun Dr. Mahathir Hadir Reunion Ex-KBTC 2019
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad (tengah) diiringi Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik (dua kanan) dan Penaung Reunion Ex-KBTC, Tengku Datuk Hishamuddin Zaizi menunjukkan gambar yang dijual untuk Tabung Jasamu Dikenang pada Majlis Perasmian Reunion Ex-KBTC di Hotel Everly, Putrajaya. foto FAREEZ FADZIL, 01 OGOS 2019
Daily Life – Kuala Lumpur #2019
Seorang pengunjung menggunakan skuter elektrik bagi memudahkan perjalanan di tengah ibukota ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Jalan Ampang, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 31 JULAI 2019
Najib Razak #BOSSKU di Mahkamah
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika hadir perbicaraan kes SRC International Sdn Bhd di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 29 JULAI 2019
Demonstrasi Jelajah Tuntut Kebenaran #MasjidNegara
Sebahagian peserta bersorak ketika membuat demonstrasi jelajah tuntut kebenaran di hadapan Masjid Negara, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 26 JULAI 2019
Saifuddin Nasution Rasmi Parasaya AJ Best
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (dua kanan) bertanyakan sesuatu mengenai harga telur kepada Ketua Pegawai Eksekutif Aj Best Holdings Sdn. Bhd., Abdul Jabbar Shaik Mohamed (dua kiri) ketika melawat Parasaya AJ Best pada perasmiannya di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 26 JULAI 2019
Pensyarah UiTM Bebas Dengan Ikat Jamin #SPRM
Pensyarah Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) Universiti Teknologi MARA (UiTM), Prof. Dr. Mohd Nor Mamat (kiri) selepas didakwa SPRM atas pertuduhan penyalahgunaan jawatan di Kompleks Mahkamah Shah Alam, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 25 JULAI 2019

















