Muhammad Fareez Muhamad Fadzil
LENSA MG | Jemaah Haji Kumpulan Pertama Selamat Pulang
Jemaah haji kumpulan pertama, Rohani Yusoff (kanan) bersama suami, Che Mohd Yusoff Che Muda (kiri) dipeluk ahli keluarganya selepas selamat pulang ke tanah air dari tanah suci di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang. foto FAREEZ FADZIL, 19 OGOS 2019
Daily Life – Jalur Gemilang
Sebahagian kakitangan Kerajaan Negeri Selangor bergambar bersama Jalur Gemilang pada Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan-Jabatan Kerajaan Negeri Selangor di Bangunan SUK, Shah Alam, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 19 OGOS 2019
Latheefa Koya Saksi MB Selangor Ikrar Bebas Rasuah
Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari (kanan) bersama Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya (kiri) menunjukkan dokumen Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang ditandatangani pada Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan-Jabatan Kerajaan Negeri Selangor di Bangunan SUK, Shah Alam, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 19 OGOS 2019
Tun M Rasmi Kongres Statistik Sedunia ISI ke 62
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (dua kiri) membuat simbolik Perasmian Kongres Statistik Sedunia Institut Statistik Antarabangsa (ISI) ke 62 diiringi Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali (dua kanan) dan Gabenor Bank Negara, Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus (kanan) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 18 OGOS 2019
Larian Generasi Baru Mega Maju 2019
Gelagat sebahagian peserta ketika sesi memanaskan badan pada Larian Generasi Baru Mega Maju 2019 di Publika, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 18 OGOS 2019
Tun M Hadir Sambutan Ulang Tahun ke-45 PETRONAS
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (tengah) diiringi isteri, Tun Dr Siti Hasmah bergambar kenangan bersama sambil diiringi Pengerusi PETRONAS, Datuk Ahmad Nizam Salleh (dua kiri) berlatar belakangkan Menara Kembar PETRONAS pada Konsert Sambutan Ulang Tahun ke-45 PETRONAS : Bersama Merentas Zaman di Menara Berkembar PETRONAS (KLCC), Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 17 OGOS 2019
LENSA MG | Tukang Jahit “BAJU MERDEKA”
Refelsi Siti kelihatan memeriksa jahitannya untuk membuat Baju Merdeka sempena sambutan hari kemerdekaan ke-62 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Klang, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 17 OGOS 2019
Pergerakan Wira Putra Malaysia Serah Memorandum Gesa KDN Haramkan Dong Zong
Sebahagian Pergerakan Wira Putra Malaysia membuat demonstrasi semasa menghantar memorandum menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengharamkan Dong Zong di hadapan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 15 OGOS 2019
Darell Leiking Melawat Pameran Sidang Kemuncak Aeroangkasa Malaysia 2019
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Darell Leiking (kiri) diiringi Ketua Pejabat Penyelarasan Industri Aeroangkasa Kebangsaan (NAICO), Shamsul Kamar Abu Samah (kanan) mendengar penerangan mengenai 'fan cowl' ketika melawat pameran pada Sidang Kemuncak Aeroangkasa Malaysia 2019 di Menara MITI, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 15 OGOS 2019
Najib Razak di Wacana Ilmu ‘Hard Truth, Cash is King’
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak beramah mesra dengan sebahagian tetamu pada program Wacana Ilmu 'Hard Truth, Cash is King' di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 07 OGOS 2019

















