Muhammad Fareez Muhamad Fadzil
Daily Life – Motorsikal Guna Jejantas Jalan Kaki
Seorang penunggang motorsikal menggunakan jejantas melintasi Menara Kuala Lumpur ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Sentul, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 24 JULAI 2019
LENSA MG | ZAHID Bisik Apa Tu Dengan TOK MAT #UMNO
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (kiri) berbual sesuatu bersama Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 24 JULAI 2019
Sesi Undian Piala Malaysia 2019
Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Yusoff Mahadi (kanan) bersama Bekas Pemain Bolasepak Selangor, Mubin Mokhtar pada Majlis Undian Piala Malaysia 2019 di Damansara Performing Arts, Petaling Jaya. foto FAREEZ FADZIL, 23 JULAI 2019
Tun Mahathir Lancar Logo Tahun Melawat Malaysia 2020
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad (tengah) diiringi Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi memegang logo baharu bersama wakil-wakil syarikat penerbangan Malaysia pada Pelancaran Logo Tahun Melawat Malaysia 2020 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang. foto FAREEZ FADZIL, 22 JULAI 2019
Zikir dan Selawat Nurul Anwar
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) membaca surah yaasin pada Majlis Zikir dan Selawat Nurul Anwar di kediamannya di Bukit Segambut, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 21 JULAI 2019
Daily Life – Pameran Sejarah Mekah
Pengujung kelihatan pada Pameran Sejarah Mekah ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Muzium Negara, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 21 JULAI 2019
Saifuddin Nasution Lancar Program Citarasa Malaysia
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (tengah) beramah mesra salah seorang Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME) ketika melawat pameran pada Majlis Pelancaran Program Citarasa Malaysia di Tesco Mutiara Damansara, Petaling Jaya. foto FAREEZ FADZIL, 18 JULAI 2019
Kunjungan Hormat Ketua Polis Negara di MINDEF
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador (kanan) bersalaman bersama Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Panglima Zulkifli Zainal Abidin ketika Lawatan dan Kunjungan Hormat Ketua Polis Negara ke Kementerian Pertahanan (MINDEF) di Jalan Padang Tembak, MINDEF, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 18 JULAI 2019
Guan Eng, Zuraida Kamaruddin Perjumpaan Bersama Pegawai Kemajuan Perkampungan
Reaksi Menteri Kewangan, Yb Lim Guan Eng (dua kiri) bersama Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Yb Zuraida Kamaruddin (dua kanan) berkata sesuatu dengan sebahagian pegawai kemajuan perkampungan pada Majlis Perjumpaan YB Menteri Bersama Pegawai Kemajuan Perkampungan di Bangunan Sementara Parlimen, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 16 JULAI 2019
Muhyiddin Sambut Kunjungan Hormat Menteri Dalam Negeri Singapura
Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (kanan) berbual dengan Menteri Dalam Negeri Singapura, K. Shanmugam ketika Kunjungan Hormat di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 16 JULAI 2019

















