Monday, May 6, 2024
Home Penulis Artikel Oleh Muhammad Fareez Muhamad Fadzil

Muhammad Fareez Muhamad Fadzil

983 Artikel 0 Komen

Imigresen Malaysia Berjaya Tumpas Sindiket Pemalsuan Dokumen

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Indera Khairul Dzaimee Daud (dua kanan) melihat barang-barang yang dirampas pada sidang media mengenai Imigresen tumpaskan sindiket pemalsuan dokumen di Pejabat Imigresen Malaysia, Putrajaya. foto FAREEZ FADZIL, 07 MAC 2019

SPRM Reman Tan Sri dan Dua Individu Kes Kuil Sri Mahamariamman...

Seorang individu bergelar Tan Sri dan dua individu lain dibawa hadir ke mahkamah bagi membantu siasatan berhubung pengurusan kuil Sri Mahamariamman Devasthanam Batu Caves di Mahkamah Majistret Putrajaya, Putrajaya. foto FAREEZ FADZIL, 07 MAC 2019

Daily Life – Kuala Lumpur #2019

Pekerja membuat kerja-kerja pembersihan taman ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Jalan Mahameru, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 06 MAC 2019

Suasana Jalinan Kerjasama PAS dan UMNO

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan (kiri) bersalaman dengan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (dua kanan) sambil diperhatikan oleh Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa (dua kiri) dan Naib Presiden PAS, Idris Ahmad (kanan) selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Induk Antara PAS dan UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 05 MAC 2019

Teresa Kok dan Bai Tian Saksi MoUForum Perniagaan Minyak Sawit...

Menteri Indutri Utama, Teresa Kok (dua kanan) bersama Duta Besar China ke Malaysia, Bai Tian (dua kiri) menyaksikan pertukaran dokumen perjanjian persefahaman (MoU) di antara Ketua Pegawai Operasi Sime Darby Global Traning (Labuan) Limited, Mohd Haris Mohd Arshad (kiri) dan Pengerusi YantaiTianmao Ltd. Co., Tan Minde (kanan) pada Forum Perniagaan Minyak Sawit Malaysia-China di Hotel Shangri La, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 04 MAC 2019

Dr. Wan Azizah Lancar Program Keusahawanan Wanita PLUS

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (PWKM), Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail (kanan) mendengar penerangan ketika melawat tapak pameran pada Majlis Pelancaran Program Keusahawanan Wanita PLUS di Kawasan Rehat dan Rawat Dengkel (Selatan), Dengkil, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 04 MAC 2019

Daily Life – Bagan Lalang

Seorang kanak-kanak bermain air berlatar belakangkan matahari terbenam ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pantai Bagan Lalang, Sepang. foto FAREEZ FADZIL, 02 MAC 2019

Saifuddin Nasution Rasmi Pameran Bard’s Art

Menteri Perdagangan Dalan Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (kiri) ketika melawat Bard's Art Exhibition sambil diiringi pelukisnya, Badariah Abdul Hamid (dua kanan) di Oasis Damansara, Petaling Jaya. foto FAREEZ FADZIL, 02 MAC 2019

Himpunan Aman – Jangan Hina Nabi Kami!

Seorang kanak-kanak bersemangat memegang sepanduk ketika Himpunan Aman Ancaman Kepada Kedaulatan Islam di Masjid Negara, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 01 Mac 2019

Daily Life – Pameran Nasyrul Quran

Seorang pengunjung bersama anaknya melihat keunikan cetakan ayat-ayat Al-Quran ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kompleks Nasyrul Quran, Putrajaya. foto FAREEZ FADZIL, 28 FEBRUARI 2019