Muhammad Fareez Muhamad Fadzil
Datuk Seri Mohamad Hasan Mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO
Pemangku Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan (kanan) berbual bersama Pemangku Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 21 Disember 2018
Tan Sri Zeti Akhtar Aziz Umum Pengagihan Pendapatan ASB dan ASN
Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tan Sri Zeti Akhtar Aziz (kiri) bersama Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PNB, Datuk Abdul Rahman Ahmad pada Pengumuman Pengagihan Pendapatan ASB dan ASN di Pejabat PNB, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 21 DISEMBER 2018
Tun Dr. Mahathir Lancar buku ‘Malaysia, A New Chapter’
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad (dua kiri) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MPH, Datuk Ng Tieh Chuan (dua kanan) melancarkan buku 'Malaysia, A New Chapter' pada Majlis Siri Kepimpinan Mahathir Mohamad sambil diiringi Presiden Institut Pengurusan Malaysia (MIM), Tun Mohammed Hanif Omar (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif MIM, Sivanganam Rajaretnan (kanan) di Hotel Istana, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 19 DISEMBER 2018
Aksi Harimau Malaya Tewas #finalAFFSuzukiCup2018 – Malaysia 0 – 1 Vietnam
Pemain-pemain Malaysia kelihatan kecewa selepas tewas dalam perlawanan akhir kedua Piala AFF Suzuki 2018 antara Malaysia menentang Vietnam yang berkesudahan 0-1 (agregat 2-3) di Stadium My Dinh, Hanoi, Vietnam.foto FAREEZ FADZIL, 15 DISEMBER 2018
Daily Life – Gelagat Penyokong Vietnam #finalAFFSuzukiCup2018
Antara gelagat penyokong Vietnam ketika hadir bagi memberi sokongan semasa perlawanan akhir kedua Piala AFF Suzuki 2018 antara Malaysia menentang Vietnam di Stadium My Dinh, Hanoi, Vietnam.foto FAREEZ FADZIL, 15 DISEMBER 2018
Sesi Latihan Skuad Harimau Malaya #finalAFFSuzukiCup2018
Skuad Harimau Malaya semasa sesi latihan rasmi bagi menghadapi perlawanan akhir kedua Piala AFF Suzuki 2018 antara Malaysia menentang Vietnam di Stadium My Dinh, Hanoi, Vietnam. foto FAREEZ FADZIL, 14 DISEMBER 2018
Sesi Latihan Skuad Vietnam #finalAFFSuzuki2018
Ketua Jurulatih pasukan Vietnam, Park Hang Seo semasa sesi latihan rasmi bagi menghadapi perlawanan akhir kedua Piala AFF Suzuki 2018 antara Malaysia menentang Vietnam di Stadium My Dinh, Hanoi, Vietnam. foto FAREEZ FADZIL, 14 DISEMBER 2018
Sidang Media Perlawanan Akhir kedua #AFFSuzukiCup2018
Penjaga gol Malaysia, Mohd Farizal Marlias (kanan) bersalaman dengan pemain Vietnam, Nguyen Anh Duc (dua kiri) sambil diiringi Ketua Jurulatih pasukan Malaysia, Tan Cheng Hoe (dua kanan) dan Ketua Jurulatih pasukan Vietnam, Park Hang Seo (kiri) pada sidang media bagi menghadapi perlawanan akhir kedua Piala AFF Suzuki 2018 antara Malaysia menentang Vietnam di Pejabat Persekutuan Bolasepak Vietnam (VFF), Hanoi, Vietnam. foto FAREEZ FADZIL, 14 DISEMBER 2018
Skuad Harimau Malaya Berlatih Dalam Cuaca Sejuk di Vietnam #finalAFFSuzukiCup2018
Skuad Harimau Malaya mula membuat latihan bagi menghadapi perlawanan akhir kedua Piala AFF Suzuki 2018 antara Malaysia menentang Vietnam di Padang Latihan Stadium My Dinh, Vietnam. foto FAREEZ FADZIL, 13 DISEMBER 2018
Skuad Harimau Malaya Selamat Tiba di Vietnam #finalAFFSuzukiCup2018
Pemain-pemain Malaysia ketika tiba di lapangan terbang bagi menghadapi perlawanan akhir kedua Piala AFF Suzuki antara Malaysia menentang Vietnam di Lapangan Terbang Antarabangsa Noi Bai, Vietnam . foto FAREEZ FADZIL, 13 DISEMBER 2018