Saturday, April 27, 2024
Home Penulis Artikel Oleh Muhammad Fareez Muhamad Fadzil

Muhammad Fareez Muhamad Fadzil

983 Artikel 0 Komen

Sesi Latihan Harimau Malaya untuk Persediaan Separuh Akhir Piala AFF Suzuki...

Pemain-pemain Malaysia ketika menjalani sesi latihan bagi menghadapi perlawanan separuh akhir Piala AFF Suzuki antara Malaysia menentang Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 30 NOVEMBER 2018

Tun M Bersidang Mengenai Ketenteraman dan Keharmonian Kaum

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berucap mengenai tindakan kerajaan dalam memastikan ketenteraman dan keharmonian kaum dalam negara lanjutan daripada insiden di tapak Kuil Sri Maha Mariamman Seafield Subang Jaya di dalam Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 29 NOVEMBER 2018

Kulasegaran Rasmi Mesyuarat Menteri-Menteri Buruh ASEAN ke-25

Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran (empat kanan) bersama menteri-menteri buruh ASEAN ketika merasmikan Mesyuarat Menteri-Menteri Buruh ASEAN ke-25 di Hotel Le Meridian, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 28 NOVEMBER 2018

Anggota Bomba Jadi Tumpuan Menteri dan Media di SJMC

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari diiringi Ketua Pengarah Bomba dan Penyelamat (JBPM), Datuk Mohammad Hamdan Wahid (dua kanan) ketika hadir melawat anggota bomba Muhammad Adib yang kritikal terlibat insiden di sekitar Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya Medical Centre (SJMC), Subang, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 27 NOVEMBER 2018

Aksi Harimau Malaya Baham Myanmar 3-0 #Piala AFF Suzuki

Pemain Malaysia, Mohamad Zaquan Adha Abd Radzak (tengah) diasak dua pemain Myanmar, Mg Mg Lwin (kanan) dan Win Moe Kyaw (kiri) semasa perlawanan peringkat kumpulan Piala AFF Suzuki antara Malaysia menentang Myanmar di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 24 NOVEMBER 2018

Penyokong Setia Harimau Malaya – Piala AFF Suzuki

Orang Kelainan Upaya (OKU) turut hadir bagi memberi sokongan semasa perlawanan peringkat kumpulan Piala AFF Suzuki antara Malaysia menentang Myanmar di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 24 NOVEMBER 2018

Najib hadir ke Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika hadir ke Mahkamah Sesyen bagi mendengar pengurusan kes atas 25 pertuduhan salah guna kedudukan dan pengubahan wang haram membabitkan 1MDB di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Jalan Duta. foto FAREEZ FADZIL, 23 NOVEMBER 2018

Tun M Mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Anti Rasuah

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad (dua kanan) ketika hadir mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Anti Rasuah yang turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail (tiga kiri), Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (dua kiri), Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali (kiri) dan Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Nasional (GIACC), Tan Sri Abu Kasim Mohamed (kanan) di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya. foto FAREEZ FADZIL, 21 NOVEMBER 2018

Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Buat Laporan Polis

Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Mohamed Nizham Abdullah Hamidi (tengah) menunjukkan laporan polis yang dibuat terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial), Senator P. Waytha Moorthy berhubung isu ICERD di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 20 NOVEMBER 2018

KSU Hal Ehwal Ekonomi Rasmi Persidangan Statistik Malaysia ke-6

Ketua Setiausaha Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Saiful Anuar Lebai Hussen (tengah) bersaman Ketua Perangkawan Malaysia, Dr. Mohd Uzir Mahidin (dua kiri) membuat gimik pelancaran pada Persidangan Statistik Malaysia ke-6 di Sasana Kijang, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 19 NOVEMBER 2018