Muhammad Fareez Muhamad Fadzil
Sidang Media Separuh Akhir Piala AFF Suzuki – Malaysia vs Thailand
Jurulatih pasukan Malaysia, Tan Cheng Hoe (kanan) bersalaman dengan Jurulatih pasukan Thailand, Milovan Rajevic bersalaman pada sesi sidang media bagi menghadapi perlawanan separuh akhir Piala AFF Suzuki antara Malaysia menentang Thailand, turut sama pemain Malaysia, Mohamadou Sumareh (kanan) dan pemain Thailand, Korrakot Wiriyaudomsiri (kiri) di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 30 NOVEMBER 2018
Sesi Latihan Harimau Malaya untuk Persediaan Separuh Akhir Piala AFF Suzuki...
Pemain-pemain Malaysia ketika menjalani sesi latihan bagi menghadapi perlawanan separuh akhir Piala AFF Suzuki antara Malaysia menentang Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 30 NOVEMBER 2018
Tun M Bersidang Mengenai Ketenteraman dan Keharmonian Kaum
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berucap mengenai tindakan kerajaan dalam memastikan ketenteraman dan keharmonian kaum dalam negara lanjutan daripada insiden di tapak Kuil Sri Maha Mariamman Seafield Subang Jaya di dalam Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 29 NOVEMBER 2018
Kulasegaran Rasmi Mesyuarat Menteri-Menteri Buruh ASEAN ke-25
Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran (empat kanan) bersama menteri-menteri buruh ASEAN ketika merasmikan Mesyuarat Menteri-Menteri Buruh ASEAN ke-25 di Hotel Le Meridian, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 28 NOVEMBER 2018
Anggota Bomba Jadi Tumpuan Menteri dan Media di SJMC
Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari diiringi Ketua Pengarah Bomba dan Penyelamat (JBPM), Datuk Mohammad Hamdan Wahid (dua kanan) ketika hadir melawat anggota bomba Muhammad Adib yang kritikal terlibat insiden di sekitar Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya Medical Centre (SJMC), Subang, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 27 NOVEMBER 2018
Aksi Harimau Malaya Baham Myanmar 3-0 #Piala AFF Suzuki
Pemain Malaysia, Mohamad Zaquan Adha Abd Radzak (tengah) diasak dua pemain Myanmar, Mg Mg Lwin (kanan) dan Win Moe Kyaw (kiri) semasa perlawanan peringkat kumpulan Piala AFF Suzuki antara Malaysia menentang Myanmar di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 24 NOVEMBER 2018
Penyokong Setia Harimau Malaya – Piala AFF Suzuki
Orang Kelainan Upaya (OKU) turut hadir bagi memberi sokongan semasa perlawanan peringkat kumpulan Piala AFF Suzuki antara Malaysia menentang Myanmar di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 24 NOVEMBER 2018
Najib hadir ke Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika hadir ke Mahkamah Sesyen bagi mendengar pengurusan kes atas 25 pertuduhan salah guna kedudukan dan pengubahan wang haram membabitkan 1MDB di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Jalan Duta. foto FAREEZ FADZIL, 23 NOVEMBER 2018
Tun M Mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Anti Rasuah
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad (dua kanan) ketika hadir mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Anti Rasuah yang turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail (tiga kiri), Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (dua kiri), Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali (kiri) dan Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Nasional (GIACC), Tan Sri Abu Kasim Mohamed (kanan) di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya. foto FAREEZ FADZIL, 21 NOVEMBER 2018
Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Buat Laporan Polis
Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Mohamed Nizham Abdullah Hamidi (tengah) menunjukkan laporan polis yang dibuat terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial), Senator P. Waytha Moorthy berhubung isu ICERD di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 20 NOVEMBER 2018