Saturday, April 20, 2024
Home Penulis Artikel Oleh Muhammad Fareez Muhamad Fadzil

Muhammad Fareez Muhamad Fadzil

983 Artikel 0 Komen

Shahidan Kassim Terima Watikah Pelantikan Pengerusi Majlis APM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim (tengah) beramah mesra dengan sebahagian anggota APM pada Majlis Pelancaran Sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 03 APRIL 2018

DS Rosmah Mansor Mengunjungi Bekas Murid Permata Kurnia

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor kelihatan ceria ketika mengunjungi bekas murid Permata Kurnia sempena Hari Kesedaran Autisme Sedunia di Sekolah Kebangsaan Taman Koperasi Polis Fasa 2, Batu Caves. foto FAREEZ FADZIL, 02 APRIL 2018

BERSIH Demonstrasi Menentang Usul Persempadanan Semula SPR

Seorang peserta Bersih wanita yang turut serta demonstrasi jalanan menentang usul persempadanan semula Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) di sekitar Tugu Negara, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 28 MAC 2018

Yusof Azmi Menangis Selepas Umum Keluar PPIM

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan menenangkan Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Yusof Azmi (kanan) yang kelihatan sedih ketika mengumumkan keluar dari PPIM di Pejabat PPIM, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 27 MAC 2018

Zahid Hamidi Rasmi Simposium Antarabangsa

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (dua kiri) bersalaman dan beramah mesra dengan sebahagian peserta ketika hadir pada Majlis Perasmian Simposium Antarabangsa 'Moderation In Multi-Religious Societies : Towards Peace And Harmony' sambil diiringi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom (kiri) di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 27 MAC 2018

Pengundian Unit RUMAWIP Kondominium Kiara Kasih

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (tengah) diiringi Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Adnan Md Ikshan (empat kanan) dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Mhd Amin Nordin Abd Aziz (dua kanan) bergambar kenangan dengan sebahagian penerima kunci unit RUMAWIP pada Majlis Pelancaran dan Sesi Pengundian Unit RUMAWIP Kondominium Kiara Kasih di Kompleks Sukan Bukit Kiara, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 20 MAC 2018

Doktor Kusyen dan Sofa Terpakai

Pemilik De Laris Enterprise, Zainal Abidin ketika mengambil sofa untuk perbaiki semasa tinjauan Lensa Malaysia Gazette di Taman Putra Perdana, Puchong. foto FAREEZ FADZIL, 19 MAC 2018

Perasmian Laman Azman Hashim dan Masjid Zabedah

Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Tan Sri Rais Yatim (dua kanan) diiringi Pemegang Amanah Yayasan Azman Hashim, Tan Sri Azman Hashim (kiri) ketika melawat persekitaran Laman Azman Hashim pada Perasmian Laman Azman Hashim dan Masjid Zabedah di UIAM Kampus Kuala Lumpur, Jalan Duta. foto FAREEZ FADZIL, 16 MAC 2018

Tiong Lai Lancar Tren KLIA Ekspres Baharu

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai melambai tangan pada Majlis Pelancaran Tren KLIA Ekspres Baharu di stesen ERL Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang. foto FAREEZ FADZIL, 13 MAC 2018

9 Perkara Utama Manifesto PAS

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bersama Naib Presiden PAS, Datuk Idris Ahmad (dua kanan) menunjukkan 9 perkara utama Manifesto PAS pada Pra Pelancaran Manifesto PAS turut serta Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan (dua kiri), Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Mohd Zuhdi Marzuki (kiri) dan Ketua Pemuda PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi (kanan) di Ibu Pejabat PAS, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 12 MAC 2018