Dua beranak lemas ketika mandi di kawasan Aliyya Beachfront Campsite (ABC), Kampung Punggai, Pengerang, Kota Tinggi, hari ini

KOTA TINGGI – Seorang bapa dan anaknya lemas ketika mandi di kawasan Aliyya Beachfront Campsite (ABC), Kampung Punggai, Pengerang dekat sini hari ini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Punggai, Pegawai Bomba Aldron Dey Judih@Judeh berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pukul 7.10 malam.

Susulan itu  seramai enam anggota dibantu sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan pacuan empat roda Hilux dikejarkan ke tempat kejadian.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian mendapati dua mangsa lemas iaitu seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak lelaki dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Ahli keluarga dan orang ramai membantu dua beranak yang lemas ketika mandi di kawasan Aliyya Beachfront Campsite (ABC), Kampung Punggai

“Kedua-dua mangsa telah dibawa ke darat oleh orang awam sebelum PKO tiba. PKO bertindak menjalankan rawatan CPR ke atas kedua-dua mangsa,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Beliau berkata, mangsa pertama, Muhammad Zamri Mikhail Muhammad Nizam yang berusia lapan tahun dihantar ke Klinik Kesihatan Bayu Damai menaiki kenderaan keluarga.

Sementara bapanya, Mohammad Nizam Zainal yang berusia 33 tahun dihantar menggunakan Hilux BBP Punggai bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan bertugas di klinik tersebut.

Tambah beliau, operasi tamat pukul 8.10 malam.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here