Muhammad Fareez Muhamad Fadzil
PM, TPM Hadir Rumah Terbuka MCA
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (tengah) bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor (empat kiri) diiringi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (tiga kanan), Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai (tiga kiri) melakukan 'yee sang' pada Majlis Rumah Terbuka MCA sempena sambutan Tahun Baru Cina di Wisma MCA, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 16 FEBRUARI 2018
KSN Bersama Graduan Cemerlang Tajaan JPA
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa (tengah) bergambar kenangan dengan sebahagian graduan pada Majlis Perjumpaan Ketua Setiausaha Negara Bersama Graduan Cemerlang Tajaan JPA di MAEPS, Serdang. foto FAREEZ FADZIL, 13 FEBRUARI 2018
Program Gerah dan Pelancaran Gempur DBKL Bersama SPRM
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad menampal pelakat Gempur pada kenderaan Trafik Warden DBKL pada Program Gerah dan Pelancaran Gempur DBKL Bersama SPRM di Menara DBKL, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 13 FEBRUARI 2018
Sumbangan Prihatin Sempena Sambutan Tahun Baru Cina 2018
Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil (dua kiri) bersama Pengerusi Barisan Nasional Kepong, Jimmy Tan Eng Huat (kiri) menyampaikan sumbangan kepada sebilangan Orang Kelainan Upaya (OKU) pada Majlis Sumbangan Prihatin Sempena Sambutan Tahun Baru Cina 2018 di Wisma MCA Kepong, Jinjang. foto FAREEZ FADZIL, 12 FEBRUARI 2018
Hari Gerakan Belia 4B Malaysia 2018
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (kanan) menurunkan tandatangan ketika hadir pada Hari Gerakan Belia 4B Malaysia dan Karnival Sukan Muhibah 2018 diiringi Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia, Mohd Nizam Omar (kiri) di Homestay Banghuris, Sepang. foto FAREEZ FADZIL, 11 FEBRUARI 2018
Shahrizat dan Penduduk Jinjang di Jualan Sentuhan Rakyat
Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil beramah mesra dengan penduduk, Sakunthalai a/p Kandasamy (kanan) pada Program Jualan Sentuhan Rakyat di Jinjang, Kepong. foto FAREEZ FADZIL, 11 FEBRUARI 2018
PM Rasmi Forum Bandar Sedunia ke 9 (WUF9)
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (tengah) diiringi Menteri Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar (kanan) dan Pengarah Eksekutif Program Penempatan Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN-Habitat), Datuk Maimunah Mohd Sharif (kiri) ketika Majlis Perasmian Forum Bandar Sedunia ke 9 (WUF9) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 08 FEBRUARI 2018
Subramaniam Rasmi Malaysian Indian Education Roadshow
Menteri Kesihatan merangkap Presiden MIC, Datuk Seri S. Subramaniam (tiga kiri) diiringi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri SK Devamany (tiga kanan) dan Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan (dua kiri) menyempurnakan simbolik Majlis Perasmian Malaysian Indian Education Roadshow (MINDER) di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 06 FEBRUARI 2018
Zahid Hamidi Mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (tengah) ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Bagi Mengenai Kesesakan di Tambak Johor dan Link Kedua di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya. foto FAREEZ FADZIL, 06 FEBRUARI 2018
Perkhidmatan Cemerlang 2017 KKLW
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tengah) menyerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada Pembantu Awam Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA), Mohd Jais Mohd Hashim yang merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) pada Majlis Perkhidmatan Cemerlang 2017 KKLW di MAEPS, Serdang. foto FAREEZ FADZIL, 05 FEBUARI 2018